SENARAI
KESALAHAN SINTAKSIS
|
Bil
|
Jenis kesalahan
|
Huraian kesalahan
|
Bentuk hukuman
|
|
1
|
Ayat
tergantung
|
Tiada
subjek
|
Kesalahan
struktur
|
|
2
|
Ayat
tergantung
|
Tiada
predikat
|
Kesalahan
struktur
|
|
3
|
Kata
hubung
|
Ada
digunakan tetapi salah
|
Kesalahan
struktur
|
|
4
|
Kata
hubung
|
Tertinggal
/ tidak digunakan tetapi ayat itu sepatutnya harus menggunakan kata hubung
tertentu
|
Kesalahan
struktur
|
|
5
|
Kata
hubung
|
Digunakan
untuk memulakan ayat
1. Namun,
….
2. Tetapi,
….
3. Manakala, ...
4. Lalu, ...
|
Kesalahan
struktur
|
|
6
|
Kata
sendi nama
|
Ada
digunakan tetapi salah
|
Kesalahan
morfologi
|
|
7
|
Kata
sendi nama
|
Tertinggal
/ tidak digunakan tetapi ayat itu sepatutnya harus menggunakan kata sendi
tertentu tertentu
|
Kesalahan
struktur
|
|
8
|
Kesalahan
semantik
|
Ayat
yang dihasilkan membawa makna yang lain disebabkan penggunaan perkataan yang
tidak tepat.
|
Kesalahan
struktur
|
|
9
|
Kata
kerja
|
Kata
kerja Tak Transitif + Kata kerja transitif
|
Bukan kesalahan struktur
(betul)
|
|
10
|
Kata
kerja
|
Kata
kerja tak transitif + kata kerja tak transitif
|
Bukan kesalahan struktur
(betul)
|
|
11
|
Kata
kerja
|
Kata
kerja transitif + kata kerja transitif
|
Kesalahan
struktur
|
|
12
|
Kata
hubung berpasangan
|
Jika
pasangan kata hubung tersebut salah/tidak
diletakkan pasangan
Senarai
pasangan yang betul
Tatabahasa Asas (Hlm 179)
a. baik
… atau/ataupun …
b. baik
… mahupun …
c. bukan
sahaja … tetapi juga
d. bukan
sahaja … malahan/malahan juga
e. semakin
… semakin
f. biar
… jangan
g. makin
… makin
h. jangankan
… pun
i.
sama ada … atau/ataupun …
j.
sungguhpun … namun …
|
Kesalahan
struktur
|
|
13
|
Penanda
wacana – memulakan ayat
|
Penggunaan
yang salah
a. Hal
ini kerana
b. Ini
kerana
c. Selain
daripada itu
d. Sejak
dari itu
e. Malah,
f. Malahan,
g. Justeru
h. Justeru
itu
i.
Oleh kerana itu
dan lain-lain (jika
ada)
|
Kesalahan
struktur
|
|
14
|
Kata
pemeri
-
Adalah
-
Ialah
-
Merupakan
|
a.
Tidak ada digunakan dalam ayat
b.
Ada digunakan tetapi salah
c.
Digunakan serentak – adalah merupakan / ialah merupakan
|
Kesalahan
struktur
|
|
15
|
Penggunaan
kata “Antaranya,”
|
Penggunaan
yang dianggap betul
a.
Malaysia terkenal dengan buah-buahan tempatan. Antaranya, buah jambu, durian, dan
langsat.
b. Malaysia
terkenal dengan buah-buahan tempatan. Antaranya
ialah buah jambu, durian, dan langsat.
c. Malaysia
terkenal dengan buah-buahan tempatan. Antara
buah yang popular ialah buah jambu, durian, dan langsat.
|
Bukan kesalahan struktur (betul)
Bukan kesalahan struktur (betul)
Bukan kesalahan struktur (betul)
|
|
16
|
Kesalahan
lewah
|
Penggunaan
perkataan yang sama makna dalam satu ayat.
a.
walaupun … namun (maksud sama iaitu pertentangan)
b.
Hukum D-M “Perkara yang diterangkan mesti mendahului
“penerang” atau yang menerangkan:
c.
Kesalahan umum dari segi kata jamak
-
mereka-mereka
-
semua kereta-kereta
-
para-para pelajar
-
empat orang abang-abang
d.
Kesalahan umum dari segi kata penguat
-
Paling tinggi
sekali
-
Terpandai sekali
-
paling indah sekali
-
Begitu menakutkan sekali
-
Agak jauh sekali
e.
Kata adjektif dan imbuhan “ter” dengan kata penguat
“sekali’
dan
lain-lain
|
Kesalahan
struktur
|
Penggunaan “Contohnya”
“contoh” yang
boleh digunakan pada awal ayat dan “contoh” yang
tidak boleh digunakan pada awal ayat
1.
Yang
betul:
a. Ayat
yang sebelumnya itu lengkap dan jelas, dan ayat yang kedua mempunyai koheren
yang utuh dengan ayat pertama.
Contoh 1
i.
Malaysia
banyak mengeksport hasil pertanian. Antaranya/misalnya/contohnya
("nya") merujuk kepada "hasil pertanian".
"contohnya/misalnya" boleh digunakan pada awal ayat.
ii.
Ayat
menjadi - Malaysia banyak mengeksport hasil pertanian. Contohnya/antaranya,
getah, kelapa sawit, nanas, dan lada hitam.
2.
Yang
salah
Ayat pertama tergantung
atau kabur. Ayat kedua juga demikian.
Contoh:
i.
Hidupan
eksotik di negara ini. Contohnya orang utan perlu dilindungi.
"contohnya" di sini tidak
boleh digunakan pada awal ayat; ayat menjadi tergantung.
Ayat
sepatutnya :
Hidupan eksotik di negara ini,
contohnya orang utan perlu dilindungi.
3.
Yang
salah
Ayat
kedua itu tergantung atau tidak memperlihatkan koheren yang kukuh dengan ayat
pertama.
Contoh:
i.
Salah
Banyak
syarikat Jepun melabur di negara ini. Contohnya dalam bidang elektrik dan
elektronik telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.
Betul
Banyak syarikat Jepun melabur di
negara ini. Antaranya, Mitsumi dan Toshiba yang melabur dalam bidang elektrik dan elektronik.
Pelaburan tersebut telah menjanakan banyak peluang pekerjaan.
ii.
Salah
Banyak
buah tempatan di Malaysia. Misalnya jambu dan pisang boleh diawet kering.
Betul:
Banyak buah tempatan di Malaysia yang
boleh diawet kering, contohnya jambu dan pisang.
iii.
Salah
Berbagai-bagai
kenderaan telah dikeluarkan oleh syarikat automobil tempatan. Contohnya Proton
yang telah dipasarkan di luar negara.
Betul
Berbagai-bagai/pelbagai kenderaan
telah dikeluarkan oleh syarikat automobil tempatan, contohnya Proton yang telah
mengeluarkan kereta, kenderaan pacuan empat roda, van, dan kenderaan pelbagai
guna. Kenderaan itu telah dipasarkan di luar negara.
Atau
Berbagai-bagai kenderaan telah
dikeluarkan oleh syarikat automobil tempatan. Contohnya, kereta, kenderaan
pacuan empat roda, dan van yang telah dikeluarkan oleh Syarikat Proton Nasional
Bhd.
No comments:
Post a Comment