Skema Percubaan Sejarah
Penggal 2, STPM 2016
- Bincangkan penglibatan
golongan Muhajirin dan Ansar dalam perkembangan Islam. [20 markah]
PENDAHULUAN
-
Muhajirin merupakan penduduk asal kota Makkah dan
merupakan masyarakat Quraisy.
Golongan ini merupakan masyarakat
yang terawal memeluk islam. Kemudiannya
mereka berhijrah ke Madinah kerana penentangan dari Musyrikin Makkah. Di
Madinah mereka dipanggil Muhajirin dimana istilah ini berasal daripada
perkataan muhajir yang bermaksud penghijrah.
-
Ansar
pula merupakan penduduk asal Madinah
yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk islam
hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah
di Makkah melalui Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Mereka menyatakan
kesediaan menerima dan mempertahankan
islam serta mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah.
Mereka juga bersetuju melantik Rasulullah sebagai pemimpin mereka.
-
Jelaslah
bahawa melalui penglibatan golongan Muhajirin dan Ansar inilah membolehkan
islam terus berkembang di Mekkah dan Madinah
ISI
Penglibatan Muhajirin di Makkah
Menerima dan mempertahankan islam.
-
Sewaktu
di Makkah merekalah kelompok pertama yang menerima dan mempertahankan keutuhan
agama islam .Merekalah golongan pertama
yang melafazkan kesetiaan terhadap islam dan bersama-sama berjuang dengan
Rasulullah . Sebagai contoh Abu Bakar, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan
lain-lain adalah pendukung islam pada peringkat awal ketika dakwah secara sulit. Selepas pengislaman Umar Al
khattab ,umat islam berani berdakwah
secara terangan.Mereka bertindak membantu Nabi dalam usaha mengembangkan ajaran
islam di Mekkah pada masa itu
Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan.
Golongan
Muhajirin juga sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan hebat
daripada kaum musyrikin Makkah dalam mengembangkan islam sama ada secara
fizikal atau mental. Meskipun mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan
penyiksaan dan pembunuhan. Bagaimanapun keimanan mereka tetap teguh dan
kelompok ini terus tabah bagi memastikan islam terus berkembang. Contohnya
penyiksaan ke atas Bilal bin Rabah dan
pembunuhan ke atas keluarga Ammar bin Yassir tidak melemahkan keimanan umat islam yang
lain. Kesemua ini dilakukan demi mengembangkan agama islam
-
Sanggup berkorban nyawa dan harta
Kelompok ini banyak menyumbang harta benda
dalam mengembangkan agama islam menerusi gerakan dakwah. Sahabat-sahabat
Rasulullah seperti Abu Bakar,
Umar,Uthman dan Siti Khadijah
berusaha membeli dan membebaskan hamba.Al Arqam
pula sanggup menghadiahkan rumahnya untuk dijadikan markas dakwah. Ali
bin Abi Talib sanggup tidur ditempat
tidur Rasulullah pada malam peristiwa hjrah manakala Abu Bakar setia bersama
Rasulullah sewaktu hijrah ke Madinah . Kesemua usaha ini dilakukan demi untuk
mengembangkan agama islam
-
Menjalankan usaha dakwah
Sahabat-sahabat Rasulullah turut membantu mengembangkan islam samada secara sembunyi mahupun secara
terangan . Mereka menyeru kum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah
kearah agama yang benar. Pada peringkat awal penyebaran islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman
bin Auf, Talhah, Zubair dan lain-lain.Dakwah secara sulit selama tiga
tahun diikuti secara terangan .Bermula
dari sinilah umat islam berdepan dengan cabaran ekoran usaha dakwah ditentang
hebat oleh musyrikn Makkah.
-
Berhijrah ke Madinah
Golongan
Muhajirin sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan untuk berhijrah bersama Rasulullah ke Madinah
demi mengembangkan agama islam. Ini merupakan pengorbanan yang paling besar
kerana mereka sanggup meninggalan kampung halaman, harta benda, keluarga demi
Allah dan RasulNya. Individu yang pertama berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul
Asad dan diikuti Amir bin Rabiah dan isteriya Laila Jahsi. Pada peringkat awal seramai 70 orang islam (
Muhajirin )berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah. Penghijrahan ini
menandakan bermulanya hubungan diplomatik dengan kerajaan asing dan
pengembangan agama islam sebagai agama yang benar.
Penglibatan Muhajirin di Madinah
-
Membantu Rasulullah dalam Keagamaan dan
Pentadbiran
Golongan
Muhajirin merupakan pembantu utama kepada perkembangan agama islam dalam aspek
keagamaan dan pemerintahan.Contoh selepas peristiwa Aqabah 1 (622M) Mus’ab bin
Umair telah diutus sebagai pendakwah bagi membantu penduduk Madinah mendalami
ajaran islam. Mereka membina masjid di tengah kota Madinah dan dapat melakukan
amal ibadat secara terbuka yang tidak
dapat dilakukan di Makkah.
Berkorban harta untuk agama
-
Demi
mengembangkan agama islam golongan Muhajirin juga telah mengorbankan nyawa dan
harta demi agama sebagai contoh Uthman bin Affan telah berkorban dengan menyumbangkan 100 ekor unta dan 1000 dinar ketika perang Tabuk dalam membantu
tentera islam. Tindakan ini dibuat agama Islam dapat memenangi perang tersebut
seterusnya syiar islam dapat di kembangkan
-
Mengukuhkan ketenteraan islam.
Selain
itu golongan Muhajirin juga merupan tunggak ketenteraan dalam menghadapi musuh
dan mengembangkan agama. Contohnya Umar al Khattab, Hamzah bin Abdul Muttalib,
Ali bin Abi Talib merupakan pejuang
islam terkemuka dalam mengembangkan agama.
Menjadi utusan dakwah ke luar Negara
Dalam
mengembangkan agama islam di Tanah Arab Rasulullah telah bertindak menghantar
golongan Muhajirin sebagai utusan dakwah keluar Semenanjung Arab. Contohnya
Amru bin Umayyah ke Habsyah dan Abdullah bin Huzaifah ke Parsi. Usaha ini
adalah amat penting dalam membantu gerakan dakwah Nabi terutama dalam
mengembangkan agama islam.
Penglibatan Golongan Ansar di Makkah
Menerima dan Menyokong ajaran Rasulullah.
Peranan golongan Ansar dalam
mengembangkan agama islam yang utama
ialah menerima dan menyokong ajaran
nabi. Dalam syarat perjanjian Aqabah 1
dan 2 misalnya mereka menyatakan
kesanggupan menerima islam dalam
keadaan orang kafir Makkah menentangnya.Golongan
Ansar berikrar berjuang
bersama –sama Rasulullah.
Merintis penghijrahan Rasulullah
Golongan ansar menjemput Rasulullah
berhijrah ke Madinah . Mereka sanggup
melantik Rasulullah sebagai pemimpin di Madinah. Perjanjian Aqabah 1 dan
2 merintis kepada peristiwa hijrah Rasulullah dan golongan Muhajirin. Penghijrahan ini menjadi
asas kepada penguasaan politik umat islam dan menamatkan penderitaan golongan Muhajirin di Makkah. Kesemua usaha
in dilakukan dalam membantu mengembangkan agama islam
Peranan Golongan ansar di Madinah
.Membantu menyebarkan islam
-
Golongan
Ansar bertanggung jawab membawa masuk dan menyebarkan islam di Madinah .
Rasulullah bertanggung jawab melantik Naqib (9 khazraj) dan ( 3 Aus) untuk
membimbing umat islan di Madinah bagi
membantu menyebarkan agama islam dengan lebih meluas. Hasil usaha para Naqib
ini menyebabkan agama islam sepat tersebar.
Membantu golongan Muhajirin
Golongan
Ansar banyak membantu golongan Muhajirin yang datang dari Makkah sehelai
sepinggang. Mereka menyumbang pebgai
bantuan sosioekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan,
keselamatan, modal untuk perniagaan.Malah ada yang sanggup menceraikan
isterinya seperti Saad Bin Abi Waqa’ bagi membolehkan Muhajirin mengambilnya sebagai isteri. Senario ini adalah menjadi contoh
kepada satu pengorbanan Ansar dalam mengembangkan agama islam di Madinah
Membantu Rasulullah dalam aspek keagamaan
dan pentadbiran
Di
Madinah mereka sanggup menerima Rasulullah sebagai pemimpin. Sebahagian golongan Ansar menjadi ahli majlis Syura
tertinggi contohnya Abu Ubaidah
Al-Jarrah dan ramai lagi yang banyak membantu Rasulullah dalam pentadbiran..
Mereka membantu Rasulullah menggubal
Piagam Madinah yang merupakan asas penubuhan Negara islam pertama.
Menjalankan Usaha dakwah
Sebahagian
golngan Ansar menjadi guru agama dan
pendakwah serta mengembangkan islam di luar kota Madinah.Sebahagian mereka
dilantik menjadi utusan untuk memperkenalkan islam di dalam dan di luar
Semenanjung Tanah Arab, seterusnya berjaya menjalinkan hubungan diplomatik
dengan Negara luar.
Mempertahankan agama dan Negara islam
Golongan
Ansar saling berganding bahu dengan golongan Muhajirin agama dan Negara islam sesuai dengan apa yang diperuntukkan
dalam Piagam Madinah. Mereka memainkan peranan penting dalam
ekspedisi-ekspedisi ketenteraan seperti
perang Badar, Uhud ,Khandak dan lain-lain.
Menyumbankan harta benda dan buah fikiran .
Sebagai
penduduk tempatan , mereka turut menyumbangkan harta bena dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan danperkembangan islam termasuk menyertai
peperangan jihad. Contoh Salman al Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam
perang Khandak ( Ahzab ). Golongnan
Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda dalam menghadapi serangan musuh
dalam siri –siri peperangan seperti Badar Uhud, dan Khandak.
KESIMPULAN
Kedua-dua
golongan Ansar dan Muhajirin telah
terlibat sepenuhnya dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan islam yang
dibawa oleh Rasulullah.Mereka juga merupakan gandingan mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Rasulullah di Makkah dan Madinah
Walau
bagaimanapun selepas kewafatan Rasulullah penglibatan golongan muhajirin lebih
terserlah apabila di kalangan merekalah dilantik khalifah-khalifah untuk
memimpin umat dan negara islam Madinah
Peringatan:
·
Pelajar
jawab peranan markah 9 shj max.
·
Calon
jawab muhajirin shj – 9 markah max
·
Calon
jawab ansar shj – 9 markah max
·
Jika
calon hanya nyatakan sahaja penglibatan di Mekah & Madinah tanpa penjelasan
yg baik dpt markah max 15 shj
2.
Huraikan
aktiviti ekonomi penduduk Melaka pada zaman pemerintahan kerajaan Islam di Melaka.
[ 20 markah ]
PENGENALAN
1.
Masyarakat
Melayu tradisional di Melaka melakukan pelbagai aktiviti ekonomi seperti
bercucuk tanam, menangkap ikan, menternak dan memburu. Pada peringkat awal
aktiviti ini dijalankan bagi keperluan sendiri atau ekonomi sara diri sahaja.
Keadaan ini mengalami perubahan apabila aktiviti ekonomi perdagangan mula
bertapak di Melaka maka bermula satu perubahan dalam aktiviti ekonomi penduduk
di Melaka.
2.
Melaka
dibuka oleh Parameswara pada tahun 1401. Kedudukannya di Selat Melaka
membolehkan Melaka berperanan sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia
Tenggara. Melaka mencapai kegemilangan di zaman pemerintahan Sultan Muzafar
Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah dan dibantu oleh Bendahara Tun Perak.
3.
Melaka
mempunyai pelabuhan yang strategik serta mempunyai pelbagai kemudahan untuk
menarik pedagang-pedagang dari luar khususnya dari China, Arab dan India.
AKTIVITI EKONOMI PENDUDUK
MELAKA
1.
Pertanian.
Ø Kegiatan pertanian di
Melaka dilihat menerusi aktiviti penanaman padi, Fasal 20 dalam Undang-undang
Melaka yang menyatakan wujudnya tanah perhumaan, bendang, sawah dan lading.
Ø Kegiatan penanaman padi
dikatakan mula wujud di Melaka dan Semenanjung Tanah Melayu bermula dengan
kemunculan kerajaan Melaka dan kemasukan orang Minangkabau. Orang Melaka hanya
mengeluarkan sedikit sahaja beras, bagi menampung keperluan penduduknya, Melaka
telah mengimport dari Siam, Palembang dan Jawa.
Ø Di samping menjalankan
aktiviti bersawah orang Melaka juga menjalankan aktiviti berdusun. Ini
diperjelaskan lagi oleh Tom Pires, beliau mengatakan Sultan Iskandar serta
seribu pengikutnya telah menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun.
Antara tanaman yang ditanam ialah tebu, pisang, nenas dan lain-lain.
2.
Menangkap
ikan dan hasil laut.
Ø Selain menjalankan aktiviti
pertanian dan menjalankan aktiviti berdusun, orang-orang Melaka juga
menjalankan aktiviti menangkap ikan. Ikan merupakan sumber protein yang khusus
bagi orang Melayu. Raja Iskandar Syah serta pengikutnya pernah dikatakan
menjadi nelayan semasa berada di Muar bagi menampung keperluan seharian.
Ø Kegiatan menangkap ikan ini
dan memungut hasil laut juga dilakukan oleh orang Laut sebelum pemerintahan Parameswara
lagi. Kebanyakan orang Melaka bergantung hidup denagn aktiviti penangkapan
ikan. Mereka ke laut untuk menangkap ikan dengan menggunakan perahu yang
diperbuat daripada kayu bulat yang ditebuk menjadi perahu.
3.
Memburu.
Ø Penduduk Melaka juga
menjalankan kegiatan berburu untuk menampung kehidupan seharian. Kegiatan
berburu merupakan aktiviti yang diwarisi malahan ianya merupakan aktiviti
Raja-raja Melayu Melaka.
Ø Kegiatan berburu juga
dijalankan oleh rakyat biasa kerana mereka yang tidak terlibat dengan aktiviti
perdagangan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti sara diri termasuklah
aktiviti berburu. Selain itu ia juga dijalankan sebagai aktiviti sampingan
untuk menambah pendapatan.
4.
Menternak
binatang.
Ø Kegiatan ekonomi sara diri
yang dijalankan oleh penduduk di Melaka termasuklah aktivti penternakan
binatang secara kecil-kecilan. Antara binatang ternakan yang diternak ketika
itu ialah kambing, kerbau, lembu, ayam, itik dan sebagainya. Di Melaka,
dikatakan Bendahara Seri Maharaja membela kerbau dan ada kemungkinan beliau
juga membela binatang-binatang lain.
5.
Memungut
hasil hutan.
Ø Aktiviti memungut hasil
hutan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi sara diri yang dilakukan oleh
penduduk di Melaka. Antara hasil huatn yang dikutip ialah rotan, damar dan
getah jelutong. Kegiatan memungut hasil hutan memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan masyarakat di Melaka ketika itu. Ini kerana mereka banyak
bergantung dengan persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah pertanian. Hasil
pertanian ini mendapat permintaan yang baik dari pedagang luar.
6.
Kegiatan
perdagangan.
Ø Kegiatan perdagangan di
Melaka merupakan warisan dan penerusan
aktiviti ekonomi masyarakat peribumi yang dijalankan semasa zaman awal
kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya.
Ø Kegiatan perdagangan
masyarakat Melaka dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran. Secara
kecil-kecilan melibatkan rakyat biasa yang berjaja di pasar-pasar dan ada yang
guna perahu kecil. Bagi golongan pembesar kegiatan perdagangan diwakilkan
kapada kiwi untuk berurus niaga
pihaknya. Aktiviti perdagangan besar-besaran melibatkan urusniaga dengan
perdagangan luar.
7.
Pertukangan
dan kraftangan.
Ø Pertukangan kayu dihasilkan
seperti pembinaan perahu, rumah dan istana. Pertukangan besi melibatkan
penciptaan senjata. Kraftangan seperti bubu dan tikar mengkuang yang berasaskan
rotan, buluh dan kayu.
KESIMPULAN
Terdapat pelbagai aktiviti
ekonomi masyarakat Melayu Melaka seperti memburu, pertanian, pertukangan,
mencari hasil hutan, menangkap ikan dan perdagangan. Kebanyakan aktiviti
tersebut adalah bersifat tradisional dan kurang maju. Kegiatan masyarakat
Melayu semakin maju selepas pembentukan Kerajaan Melaka dan penyebaran agama
Islam pada abad ke 15M.
Peringatan :
·
Hanya aktiviti ekonomi
sahaja diperlukan untuk jawapan soalan ini
·
Jika isi pertama adalah
perdagangan – wajib diceritakan sebagai warisan untuk dapat markah maksima.
Jika tidak nyatakan sebagai warisan markah maksima keseluruhan esei ialah 11
markah sahaja.
- Idea-idea al-Ghazali
telah berjaya mengklasifikasikan semula pelbagai ilmu falsafah. Huraikan. [ 20 markah ]
Pendahuluan
1.
Nama
sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad al-Thusi al-Imam Abu Hamid
al-Ghazali. Dilahirkan di desa Ghazalah, pinggir kota Thus, timur laut Iran.
Gelaran al-Ghazali bersempena kerjaya bapanya sebagai pemintal bulu kambing
(al-Ghazzal). Pendapat lain mengatakan gelaran itu diambil sempena nama kampong
kelahirannya, Ghazalah.
2.
Imam
al-Ghazali pernah memegang jawatan pengetua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad
selama 5 tahun (1091-1095M). Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah
dalam bidang hukum dan teologi.
3.
Dalam
dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam (pembela Islam) kerana
kepetahan beliau berhujah membela Islam dan umatnya.
4.
Sebagai
individu yang tekun menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan, beliau telah
berjaya mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu
matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.
Isi-isi penting
1. Matematik
-
Menurut
Imam al-Ghazali, matematik berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan serta
tidak berkaitan dengan perbahasan daripada sudut agama.
-
Baginya,
ilmu matematik yang dibina di atas pembuktan yang tidak ada alasan untuk
menentang setelah memahami dan mengerti serta tidak berkaitan dengan agama.
-
Umpamanya,
Islam tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil
pembuktiaan fikiran yang tidak
boleh dinafikan selepas ia difahami. Cuma ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa
persoalan kritikal, antaranya
ilmu matematik terlalu
mementingkan logik sehingga
boleh menyebabkan timbul persoalan
yang berkaitan dengan
ketuhanan, khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan
oleh akal fikiran
2. Mantiq
-
Mantiq
ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen
penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.
-
Ilmu
mantiq atau ilmu logik yang membincangkan tentang dalil, syarat dan kalimah
ungkapan yang digunakan termasuk yang boleh dipelajari walaupun menimbulkan
bahaya seperti dalam ilmu pasti.
-
Ilmu
ini tidak ada pertalian langsung dengan syariah sama ada dalam hal menafikan
atau menetapkannya.
-
Ilmu
ini adalah ilmu untuk meneliti cara berdalil, syarat untuk mukadimah, syarat
suatu batasan yang benar dan cara bagaimana menyusun suatu batasan dan
lain-lain.
-
Contoh karya
Imam al-Ghazali dalam
ilmu mantiq ialah Mahakun Nadzar dan Mi’yarul limi.
3. Fizik
-
Ilmu
fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara
dan seluruhnya.
-
Dalam
ilmu ini, sebahagiannya membincangkan tentang sifat sesuatu benda dan
ciri-cirinya serta terjadinya sesuatu perubahan.
-
Sebahagian
lain ilmu fizik pula membincangkan tentang hubungan beberapa sebab dan akibat.
-
Menurut Imam
al-Ghazali, alam ini
tunduk kepada kehendak
Allah s.w.t., Tuhan yang mengawasi seluruh alam ini.
4.
Ilmu ketuhanan
- Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek
ketuhanan daripada perspektif akal dan didasari perbincangan mantiq dan logik.
Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang
sebenar. Ilmu ketuhanan iaitu ilmu yang membincangkan tentang zat Allah
s.b.t. Dalam hal ini banyak terjadi
kesalahan di kalangan ahli falsafah dan orang ingin mencari kebenaran.
-
Mereka
tidak mampu untuk memberikan bukti masalah ketuhanan dengan apa yang ditetapkan
oleh ilmu logik.
-
Kesalahan
utama ahli falsafah ada dua puluh masalah. Tiga daripada masalah tersebut wajib
dikafirkan penganutnya sedangkan tujuh belas masalah lain hanya sampai
keperingkat bidaah yang menyesatkan
(bida’ah dhalalah)
-
Untuk
mengungkapkan kesalahan pemikiran ahli falsafah berkaitan masalah tersebut,
Imam al- Ghazali telah menyusun kitab Tahafat al-Falasifah.
5.
Siasah
- Siasah menurut Imam al-Ghazali adalah
perkara yang bekaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang membantu manusia
menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.
- Siasah iaitu ilmu yang disusun untuk
kemaslahatan duniawi dan mendidik jiwa serta moral.
- Sumber ilmu diambil dari kitab-kitab Allah
s.b.t., ketentuan para nabi, wali dan ahli tasawuf.
- Beliau mempelajari ilmu siasah daripada
gurunya, Imam Juwaini yang pernah menjadi imam
di masjidil al-Haram di Makkah dan masjid al-Nabawi di Madinah.
- Antara karya dalam bidang
siasah boleh dikategorikan kepada dua aspek. Satu adalah tentang teori
Kenegaraan dan satu lagi ialah teori pemerintahan Al-Munqiz Minad Dhalal dan
Mustazh-hiri.
-
Dalam
buku-bukunya, beliau telah membincangkan aspek kepimpinan bagi sebuah Negara
Islam.
-
Selain
itu, beliau mencadangkan cara untuk memnbaiki urusan politik. Langkah pertama
ialah untuk memberikan pengertian permasalahan, kedua ialah menasihati pemmpin,
ketiga ialah menegur dengan bahasa yang keras dan akhir sekali ialah mencegah
dengan kekerasan.
6.
Akhlak
-
Akhlak merupakan ilmu yang berkaitan cara seseorang menjalani kehidupan
seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia.
- Menurut imam al-Ghazali,
bidang-bidang ini kadang kala selari dengan agama dan kadang kala sebaliknya.
Islamm tidak melarang umatnya mempelajari ilmu-ilmu berkenaan sekiranya
mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudharatan
Kesimpulan
-
Sebagai
individu yang tekun menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan, beliau telah
berjaya mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu
matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.
-
Gelaran
hujjatul Islam yang diberikan kepada Imam al-Ghazali sememangnya amat
tepat berdasarkan keberanian ilmiahnya
untuk mengingkari kemaksuman falsafah di samping memiliki ketinggian akal
fikiran.
4. Bincangkan pengaruh Islam terhadap
senibina di India pada abad ke 16 masihi.
[20
markah]
Pengenalan
-
Perkembagan
tamadun islam tidak dapat lari daripada keagungan seninya termasuklah seni
ukiran,khat,binaan dan sebagainya. Perkembangan seni bina islam selari
dengan pencapaian seni khat,ukir,sains dan teknologi serta seni lukis.
Kesemuanya saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan
satu binaan yang dikagumi.
-
Pengaruh
Islam dalam senibina merupakan
hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi keperluan jasmani dan
rohani. Pada abad ke 16 masihi, zaman kekuasaan kerajaan Mughul di India
memperlihatkan perkembangan seni bina yang menggabungkan seni bina Islam dengan
seni bina tempatan dan Parsi. Pengaruh Islam dalam senibina terdapat pada
istana, kubah pada masjid, kota dan kubur.
Isi
1. Pengaruh Islam dalam pembinaan istana
Pengaruh Islam dalam senibina di India
dapat dilihat dalam pembinaan istana. Dalam proses pembinaan istana oleh
kerajaan Islam di India pada abad ke 16 M yang mementingkan kemudahan
bercirikan Islam dalam kompleks istana yang mengandungi
istana, pusat pentadbiran dan perbendaharaan, bangunan sekolah, kawasan
permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah
pekerja, hospital dan bilik rekod.
Kesenian Islam dalam istana lebih bercirikan kemudahan untuk umat Islam
dalam mengerjakan ibadat dan keilmuan disamping kemudahan kepada para pekerja
dan penghuninya. Contohnya, kompleks Fatehpur Sikri, iaitu sebuah bandar yang
didirikan oleh Akbar pada pertengahan abad ke-16 M dan kubu Kota Agra yang
mengandungi pelbagai kemudahan termasuk masjid dan istana.
2. Pengaruh Islam terhadap senibina berbentuk kubah
Pengaruh Islam dalam senibina di India
dapat dilihat dengan pembinaan kubah untuk masjid yang terdapat pada abad ke 16
M. Senibina kubah diambil dan diadaptasi dari negara Arab zaman para Rasul dan
Nabi-nabi. Pada Abad ke 16 M di India, bentuk kubah dengan corak bawang
merupakan unsur penting dalam pembinaan masjid dan istana. Contoh kubah yang
terpenting ialah Masjid Jama Delhi dengan dua menara, tiga pintu gerbang, tiga
kubah kecil, ruang solat terbuka, lantai marmar dan batu merah, kolam takungan
air dan dihiasi kaligrafi al-Quran khasnya pada mimbar di mihrab.
Dalam pembinaan Taj Mahal yang di bina
oleh Shah Jahan bagi memperingati isterinya. Taj Mahal telah dibina kubah
dengan menggunakan batu berwarna warni dengan kehalusan kesenian Islam dalam
membentuk kubah. Pembinaan Taj Mahal berasaskan campuran senibina Parsi, Turki, India dan Islam
3. Pengaruh Islam dalam corak hiasan yang Islamik
Senibina India menerima pengaruh Islam
apabila para arkitek mengukir kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran di dalam
kesenian senibina terutamanya di istana dan masjid. Disamping itu motif hiasan dalaman berasaskan unsur
geometri dengan unsur alam seperti bunga
dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya Al Quran menjadi hiasan
utama Taj Mahal dengan huruf khat thuluth yang merupakan ukiran utama yang
terdapat pada dinding-dinding Taj Mahal. Jurukhat bernama Amanat Khan telah
dibawa dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112,
Surah 89, Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84,
Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39. Ini membuktikan pengaruh
Islam terhadap senibina di India amat ketara dalam menghias bangunan.
4. Pengaruh Islam dalam senibina kubur
Pembinaan kubur juga
menerima pengaruh Islam dalam senibina di India abad ke 16 masihi. Dalam
pembinaan makam diraja di India mengandungi kubah, mihrab, ukiran ayat-ayat al-Quran dan kedudukan makam mengarah
ke kiblat. Contohnya Taj Mahal dengan cinta suami terhadap isteri dan
Makam Humayun dengan cinta isteri terhadap suami.
5. Pengaruh Islam dalam senibina taman
Dalam pembinan taman di India pada abad ke 16 masihi
berkonsepkan Islam apabila dibina sebuah
kolam air marmar dengan diberi nama
al-khawd al-khawthar yang merujuk kepada “Telaga Al-Khausar” di syurga yang
dikhabarkan oleh nabi Muhammad. Di sekeliling taman dihiasi dengan pokok-pokok
dan juga pancuran air. Taman Parsi ini adalah simbolik kepada empat sungai yang
mengalir di syurga (Jannah) dan mengilustrasikan taman-taman syurga. Taman ini
dapat di lihat di sekitar Taj Mahal.
Kesimpulan.
-
Seni bina yang terdapat
pada zaman kerajaan Mughal pada abad ke 16 Masihi banyak mengadunkan seni bina
tempatan dan Parsi yang mementingkan keindahan. Kewujudan seni bina tersebut
membuktikan bahawa agama Islam tidak menolak bidang kesenian. Malah ia
merupakan keagungan sesebuah kerajaan Islam. Ini kerana melalui senibina
dapatlah dilihat betapa halusnya seni dan pandangan pemerintah dalam
mengadaptasi corak keislaman dalam pembinaan bangunan dan sebagainya.
Peringatan:
·
Jika jawapan adalah ciri senibina India = markah maksima
ialah 9 sahaja
5.
Bincangkan faktor – faktor pembentukan Negara bangsa Turki Uthmaniyyah pada abad
ke -20. [ 20 markah ]
A.
Pengenalan.
a.
Konsep
` Negara Bangsa’ ialah sebuah Negara yang berdaulat dan bebas dengan
penduduknya yang mempunyai kesedaran
bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang
sama mempunyai pemerintah tersendiri ,
sempadan wilayah, dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.
b.
Faktor-faktor
yang mempengaruhi pembentukan Negara bangsa Turki Uthmaniyah pada abad ke-20
ialah faktor kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama, Pembentukan kerajaan,
Sekularisme dan faktor perundangan.
B.
ISI
a.
Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama.
Pembentukan Negara bangsa
Turki semakin ketara setelah Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. Pada
peringkat awalnya, Mustafa Kamal Attarturt melancarkan penentangan terhadap
campur tangan kuasa asing di Turki, kemudiannya perjuangan Mustafa Kamal
Attarturt berubah menjadi penentangan terhadap khalifah Uthmaniyyah.
Akhirnya,Mustafa Kamal Attarturt berjaya menghapuskan sistem khalifah dan Turki
menjadi sebuah negara bangsa tersendiri,terpisah daripada wilayah- wilayah dulu
yang merupakan kesatuan ` Khilafah Islamiah’. Pada tahun 1923 Turki dipanggil
sebagai Republik Turki
b.
Pembentukan kerajaan.
Sejak Perang Dunia Pertama
telah berlaku perubahan dalam struktur kerajaan Uthmaniyyah.Perubahan ini
memberi kesan kepada pembentukan Negara bangsa. Sentimen kebangsaan
nasionalisme bertambah kuat dengan lahirnya Pan Turkisme dan Pan Arabisme.
Selepas menguasai Istanbul, British cuba mencari pengaruh
politik dalam kerajaan Uthmaniyah. Campurtangan British dalam pentadbiran
menyebabkan berlaku ketidakstabilan politikdi Turki. Situasi ini dimanfaatkan
oleh Mustafa Kemal Attaturk untuk
membentuk dan memimpin Dewan Perwakilan
Nasional Turki. Beliau menjadikan Ankara
sebagai pusat aktiviti politiknya. Situasi ini telah menyebabkan wujud dua
bentuk pemerintahan di Turki iaitu pemerintahan Khilafah di Istanbul dan
pemerintahan Dewan Perwakilan Nasional yang dipimpin oleh Mustafa Kamal
Attaturt di Ankara. Pada tahun 1963 , Dewan
Perwakilan Nasional mengisytiharkan terbentuknya Negara Republik Turki
dan Mustafa Kamal Attaturk dilantik
sebagai Presiden pertama. Mustafa Kamal Attaturk memindahkan pusat pemerintahan
dari Istanbul ke Ankara. Mustafa Kamal Attaturt
memecat Sultan Abdul Majid II (
Khalifah Uthmaniyyah) dengan membubarkan sistem khilafah dan menghapuskan
pengaruh Islam dari negara Turki. Pemecatan Sultan Abdul Majid II menandakan
berakhirnya Daulah Islamiah dan digantikan dengan Daulah Republik Berpelembagaan
yang demokratik dan sekular yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Attaturt.
c.
Sekularisme.
Mustafa Kamal Attaturk
melaksanakan pelbagai perubahan bagi melahirkan generasi bangsa Turki moden dan
mengikut model barat. Perubahan melibatkan pembangunan sosial dan politik dalam
usaha membentuk identiti kebangsaan yang
baharu. Norma hidup masyarakat yang baharu dan moden yang cuba diterapkan oleh
kerajaan. Republik Turki menerbitkan beberapa
prinsip Kamalisme yang menjadi ideologi negara Turki moden iaitu republikasme,sekularisme,nasionalisme,
revolusionisme dan modenisme. Sekularisme menjadi prinsip paling utama dalam proses pemodenan Turki dan
seterusnya melemahkan pengaruh Islam. Bagi Mustafa Kamal Attaturk, untuk mencapai
tahap bangsa bertamadun ,Turki perlu mengikut acuan Barat. Sebuah jawatankuasa
dibentuk di Fakulti Teologi di Universiti Istanbul untuk memodenisasikan Islam.
d.
Perundangan.
Mustafa Kamal Attaturk
memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan digantikan dengan badan kehakiman
Sivil Turki yang mengikut acuan Barat. Pelaksanaan undang-undang sivil ini
bertentangan dengan undang-undang Syariah.. Bagi membentuk generasi Turki
sekular, undang-undang pendidikan negara diselaraskan. Pada tahun1964, sistem
pendidikan sekular telah dijadikan
dasar utama di semua peringkat pengajian. Pada tahun 1925, semua madrasah,
sekolah agama rakyat, gerakan tarekat dan amalan sufi dimansuhkan.
C.
KESIMPULAN.
i.
Mustafa
Kamal Attaturk merupakan seorang
pemimpin yang bertanggungjawab membubarkan dan menamatkan sistem pemerintahan
khalifah dan daulah Islamiah dalam kerajaan Turki. Mustafa Kamal Attaturt juga
merupakan seorang pemimpin sekular yang berjaya membentuk negara bangsa Turki dan mengubahkan landskap
politik, ekonomi dan sosial rakyat Turki mengikut acuan barat.
6.
Sejauhmanakah
pengaruh Perang Dunia Pertama dalam gerakan nasionalisme di Mesir. [20 markah ]
Pengenalan
·
Nasionalisme
dikaitkan dengan perasaan cinta terhadap bangsa dan negara serta ingin
membebaskan diri daripada penjajahan .
·
Nasionalisme
Mesir muncul apabila Perancis dan British (1882-1918) menguasai negara ini
walaupun negara ini berada di bawah naungan Turki di bawah pimpinan khadef
·
Perang
Dunia Pertama memainkan peranan penting sebagai pencetus kebangkitan semangat
nasionalisme .
Isi
1.
Pengaruh Perang Dunia Pertama
·
Perang
ini meletus di antara Jerman, Austria-Hungary (Triple Alliance/Perikatan Tiga
Kuasa) dengan British, Rusia dan Perancis (Triple Ententes/Pakatan Tiga Kuasa).
Mesir dipimpin Abbas II bertindak menyebelahi Turki atas dasar naungan dan
Persaudaraan Islam / Pan Islamisme.Abbas dipecat dan digantikan dengan Amir
Hussin. Mesir diistiharkan naungan British.
·
Rakyat
Mesir dieksploitasi menjadi sukarelawan Palang Merah dan hamba tentera di
Gallipoli,Palestine dan Perancis. Kehadiran tentera British dan Amerika di bumi
Mesir juga tidak disenangi dan menimbulkan kesedaran masyarakat bahawa mereka
perlu bebas daripada kuasa asing.
·
Semasa
Persidangan Damai Paris Saad Zaghloul melalui perwakilan yang dikenali Wafd
telah mendesak British agar memberikan kemerdekaan kepada Mesir. British
menolak dan saad dibuang negeri.
·
Kesannya
penentangan rakyat memuncak dan mencetuskan Revolusi Mesir tahun1919. Sebanyak
800 penduduk terbunuh kampung dibakar,bangunan dan kelengkapan British
dimusnahkan.
·
Suruhanjaya
Milner telah dibentuk dan keputusannya British bersetuju Mesir diberikan
kemerdekaan pada 22 .2.22.
·
Jelaslah
Perang Dunia Pertama merupakan kemuncak kepada kebangkitan nasionalosme di
Mesir , namun faktor-faktor lain turut membantu, antaranya ialah
2.
Pendidikan
·
Pendidikan
Mesir terbahagi dua iaitu pendidikan tradisional yang fokus kepada keagamaan
dan pendidikan moden yang diperkenalkan oleh Perancis bersifat sekular. Muhammad Ali Pasha dan
Muhammad Abduh telah melakukan pembaharuan dalam pendidikan di Mesir .
Kedua-dua sistem ini berperanan menyedarkan rakyat.
·
British
yang memerintah Mesir pada peringkat awal tidak serius memajukan sistem
pendidikan di negara ini.British hanya memerlukan rakyat Mesir mengisi jawatan
rendah sahaja. Tambahan pula jawatan-jawatan penting dikongkong oleh golongan
bangsawan.Situasi ini membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat.
3.
Tentera
·
Kolonel
Ahmad Urabi berketurunan Fellahin yang dipengaruhi gerakan Islah dan tidak puas
hati terhadap tindakan Turki mengurangkan tentera Mesir daripada 94,000 (1874)
kepada 36,000 (1879) akibat kemelesetan telah melakukan pemberontakan atau
Revolusi Urabi menuntut kemerdekaan dan menentang kuasa asing di Mesir terutama
British dan Turki.
·
Beliau
telah memasuki Kaherah dan menyingkirkan jeneral-jeneral berbangsa Turki . Pada
11 Jun 1882 berlaku rusuhan di Iskandariah menyebabkan kematian 50 bangsa Eropah
4.
Media Massa dan Wartawan
·
Akhbar-akhbar
turut memainkan sentiment nasionalisma. Contohnya akhbar al Liwa, yang
diterbitkan oleh Mustafa Kamil dan akhbar Salafiya yang diterbitkan oleh Rasyid Rida
·
Malak
Hifni Nasif seorang penulis wanita pula turut memainkan sentiment imasipasi
wanita dan pendidikan
·
Media
massa dan wartawan telah memberikan maklumat dan pendedahan kepada rakyat.
5.
Bahasa dan Kesusasteraan
·
Rasyid
Rida memperjuangkan agar Bahasa Arab Mesir dijadikan bahasa rasmi menggantikan
Bahasa Perancis dan Inggeris
·
Ahmad
Shawqi dan Hafiz Ibrahim melalui puisi telah mengabadikan kematian Boutrus
Ghali yang dibunuh kerana enggan bekerjasama dengan British.
·
Perkembangan
Bahasa Arab Mesir sebagai alat penghubung dan sentuhan karya-karya sastera
telah berjaya membangkitkan kesedaran rakyat.
6.
Golongan intelektual
·
Intlektual
samada yang berpendidikan Barat dan Islam turut menyemarakkan kebangkitan
rakyat. Contoh Mustafa Kamil Pasha yang berpendidikan Barat menuntut agar
diwujudkan kerajaan berparlimen di Mesir.
·
Rasyid
Rida pula membangkitkan kesedaran terhadap rakyat melalui penyesuaian ilmu
moden dengan Islam.
·
Intlektual
kalangan tentera berketurunan Fellahin turut menentang British dan pemerintahan
Khadef yang bersekongkol dengan penjajah.
7.
Kepincangan Penjajah dan Kerajaan
·
Masyarakat tidak puas hati terhadap pemerintah yang
lemah, korup,mengutamakan golongan bangsawan dan menurut kehendak penjajah.
·
British
turut membawa masuk pendatang asing seperti orang Greek,Yahudi dan Armenia pada
tahun 1840-an hanya 10,000 telah meningkat kepada 90,000 orang pada tahun
1880-an
·
Pentadbiran
British pula hanya ingin mengaut kekayaan ekonomi Mesir dan mengabaikan
kebajikan,pendidikan dan ekonomi penduduk tempatan. Majoriti masyarakat Mesir
buta huruf, miskin dan melarat.
·
Rakyat
mula menyedari penjajah perlu diusir demi masa depan mereka.
8.
Agama
·
Pembaratan
Mesir dan kemunculan fahamn skular menyebabkan mencul golongan agama yang
membangkitkan kesedaran terhadap rakyat bahawa Mesir dalam bahaya seandainya
tiada usaha untuk kembali kepada Quran dan sunnah.
·
Hassan
al Bana muncul membangkitkan kesedaran terhadap rakyat supaya kembali kepada
Quran dan sunnah , beliau seterusnya telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin tahun
1928.
9.
Pengaruh Luar
·
Penjajahan
Perancis dan British telah mengubah ilmu, pemikiran dan pandangan rakyat Mesir.
Situasi ini telah mempercepatkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat
·
Pelajar-pelajar
Mesir yang menuntut di Eropah turut
menjadi pencetus kesedaran tersebut apabila mereka melihat kepincangan
yang berlaku dalam negara. Mereka juga turut membawa fahaman demokrasi, hak dan
kebebasan.
Kesimpulan
·
Perang
Dunia Pertama memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat
nasionalisme di Mesir sehingga membawa kepada kemerdekaan di samping itu
faktor-faktor lain turut bersama membantu dalam membangkitkan semangat nasionalisme
dalam negara tersebut.
Peringatan :
·
Isi yang ada pada soalan wajib menjadi isi pertama
·
Isi pertama, jika dihuraikan secara detail dan jelas, isi
lain hanya perlu satu sahaja untuk menjawab subjek soalan dan markahnya
cemerlang tinggi 18 markah ke atas
No comments:
Post a Comment