Friday, 6 January 2017

SEJARAH

  1. Bincangkan penglibatan golongan Muhajirin dan Ansar dalam perkembangan Islam.                                                                                                           [20 markah]                                                 

PENDAHULUAN
-   Muhajirin  merupakan penduduk asal kota Makkah dan merupakan masyarakat Quraisy.  Golongan  ini merupakan masyarakat yang terawal memeluk islam.  Kemudiannya mereka berhijrah ke Madinah kerana penentangan dari Musyrikin Makkah. Di Madinah mereka dipanggil Muhajirin dimana istilah ini berasal daripada perkataan muhajir yang bermaksud penghijrah.
-          Ansar pula merupakan penduduk asal Madinah  yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk islam hasil pertemuan mereka dengan  Rasulullah di Makkah melalui Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Mereka menyatakan kesediaan  menerima dan mempertahankan islam serta mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah. Mereka juga bersetuju melantik Rasulullah sebagai pemimpin mereka.
-          Jelaslah bahawa melalui penglibatan golongan Muhajirin dan Ansar inilah membolehkan islam terus berkembang di Mekkah dan Madinah
ISI
       Penglibatan Muhajirin di Makkah
Menerima dan mempertahankan islam.

-          Sewaktu di Makkah merekalah kelompok pertama yang menerima dan mempertahankan keutuhan agama islam  .Merekalah golongan pertama yang melafazkan kesetiaan terhadap islam dan bersama-sama berjuang dengan Rasulullah . Sebagai contoh Abu Bakar, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan lain-lain adalah pendukung islam pada peringkat awal ketika dakwah  secara sulit. Selepas pengislaman Umar Al khattab ,umat islam berani  berdakwah secara terangan.Mereka bertindak membantu Nabi dalam usaha mengembangkan ajaran islam di Mekkah pada masa itu

Sanggup menghadapi rintangan  dan penentangan.

Golongan Muhajirin juga sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan hebat daripada kaum musyrikin Makkah dalam mengembangkan islam sama ada secara fizikal atau mental. Meskipun mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan penyiksaan  dan pembunuhan.  Bagaimanapun keimanan mereka tetap teguh dan kelompok ini terus tabah bagi memastikan islam terus berkembang. Contohnya penyiksaan ke atas Bilal bin Rabah dan  pembunuhan ke atas keluarga Ammar bin Yassir  tidak melemahkan keimanan umat islam yang lain. Kesemua ini dilakukan demi mengembangkan agama islam

-           Sanggup berkorban nyawa dan harta

Kelompok ini banyak menyumbang harta benda dalam mengembangkan agama islam menerusi gerakan dakwah. Sahabat-sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar,  Umar,Uthman  dan Siti Khadijah berusaha membeli dan membebaskan hamba.Al Arqam  pula sanggup menghadiahkan rumahnya untuk dijadikan markas dakwah. Ali bin Abi Talib  sanggup tidur ditempat tidur Rasulullah pada malam peristiwa hjrah manakala Abu Bakar setia bersama Rasulullah sewaktu hijrah ke Madinah . Kesemua usaha ini dilakukan demi untuk mengembangkan agama islam

-          Menjalankan usaha dakwah

Sahabat-sahabat Rasulullah turut membantu mengembangkan  islam samada secara sembunyi mahupun secara terangan . Mereka menyeru kum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah kearah agama yang benar. Pada peringkat awal penyebaran islam  Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Talhah, Zubair dan lain-lain.Dakwah secara sulit selama tiga tahun  diikuti secara terangan .Bermula dari sinilah umat islam berdepan dengan cabaran ekoran usaha dakwah ditentang hebat oleh musyrikn Makkah.

-           Berhijrah ke Madinah

Golongan Muhajirin sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan  untuk berhijrah bersama Rasulullah ke Madinah demi mengembangkan agama islam. Ini merupakan pengorbanan yang paling besar kerana mereka sanggup meninggalan kampung halaman, harta benda, keluarga demi Allah dan RasulNya. Individu yang pertama berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad dan diikuti Amir bin Rabiah dan isteriya Laila Jahsi.  Pada peringkat awal seramai 70 orang islam ( Muhajirin )berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah. Penghijrahan ini menandakan bermulanya hubungan diplomatik dengan kerajaan asing dan pengembangan agama islam sebagai agama yang benar.

Penglibatan Muhajirin di  Madinah

-          Membantu Rasulullah dalam Keagamaan dan Pentadbiran

Golongan Muhajirin merupakan pembantu utama kepada perkembangan agama islam dalam aspek keagamaan dan pemerintahan.Contoh selepas peristiwa Aqabah 1 (622M) Mus’ab bin Umair telah diutus sebagai pendakwah bagi membantu penduduk Madinah mendalami ajaran islam. Mereka membina masjid di tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat  secara terbuka yang tidak dapat dilakukan di Makkah.
Berkorban harta untuk agama

-          Demi mengembangkan agama islam golongan Muhajirin juga telah mengorbankan nyawa dan harta demi agama sebagai contoh Uthman bin Affan telah berkorban dengan menyumbangkan  100 ekor unta dan  1000 dinar ketika perang Tabuk dalam membantu tentera islam. Tindakan ini dibuat agama Islam dapat memenangi perang tersebut seterusnya syiar islam dapat di kembangkan

-          Mengukuhkan ketenteraan islam.

Selain itu golongan Muhajirin juga merupan tunggak ketenteraan dalam menghadapi musuh dan mengembangkan agama. Contohnya Umar al Khattab, Hamzah bin Abdul Muttalib, Ali bin Abi Talib  merupakan pejuang islam terkemuka dalam mengembangkan agama.

 Menjadi utusan dakwah ke luar Negara
Dalam mengembangkan agama islam di Tanah Arab Rasulullah telah bertindak menghantar golongan Muhajirin sebagai utusan dakwah keluar Semenanjung Arab. Contohnya Amru bin Umayyah ke Habsyah dan Abdullah bin Huzaifah ke Parsi. Usaha ini adalah amat penting dalam membantu gerakan dakwah Nabi terutama dalam mengembangkan agama islam.

Penglibatan Golongan Ansar di Makkah

             Menerima dan Menyokong ajaran Rasulullah.
            Peranan golongan Ansar dalam mengembangkan agama islam yang utama
            ialah menerima dan menyokong ajaran nabi. Dalam syarat perjanjian Aqabah 1   
            dan 2 misalnya mereka menyatakan kesanggupan menerima islam dalam
            keadaan  orang kafir Makkah menentangnya.Golongan Ansar  berikrar berjuang
            bersama –sama Rasulullah.

 
Merintis penghijrahan Rasulullah

Golongan ansar menjemput Rasulullah  berhijrah ke Madinah . Mereka sanggup  melantik Rasulullah sebagai pemimpin di Madinah. Perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis kepada  peristiwa hijrah   Rasulullah dan  golongan Muhajirin. Penghijrahan ini menjadi asas kepada penguasaan politik umat islam dan menamatkan penderitaan  golongan Muhajirin di Makkah. Kesemua usaha in dilakukan dalam membantu mengembangkan agama islam

Peranan Golongan ansar di Madinah

.Membantu menyebarkan islam

-          Golongan Ansar bertanggung jawab membawa masuk dan menyebarkan islam di Madinah . Rasulullah bertanggung jawab melantik Naqib (9 khazraj) dan ( 3 Aus) untuk membimbing umat islan di Madinah  bagi membantu menyebarkan agama islam dengan lebih meluas. Hasil usaha para Naqib ini menyebabkan agama islam sepat tersebar.

Membantu golongan Muhajirin

Golongan Ansar banyak membantu golongan Muhajirin yang datang dari Makkah sehelai sepinggang. Mereka menyumbang  pebgai bantuan  sosioekonomi  seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk perniagaan.Malah ada yang sanggup menceraikan isterinya seperti Saad Bin Abi Waqa’ bagi membolehkan Muhajirin  mengambilnya sebagai  isteri. Senario ini adalah menjadi contoh kepada satu pengorbanan Ansar dalam mengembangkan agama islam di Madinah

Membantu Rasulullah dalam aspek keagamaan dan pentadbiran

Di Madinah mereka sanggup menerima Rasulullah sebagai pemimpin. Sebahagian  golongan Ansar menjadi ahli majlis Syura tertinggi  contohnya Abu Ubaidah Al-Jarrah dan ramai lagi yang banyak membantu Rasulullah dalam pentadbiran.. Mereka membantu Rasulullah  menggubal Piagam Madinah yang merupakan asas penubuhan Negara islam pertama.

Menjalankan Usaha dakwah

Sebahagian golngan Ansar  menjadi guru agama dan pendakwah serta mengembangkan islam di luar kota Madinah.Sebahagian mereka dilantik menjadi utusan untuk memperkenalkan islam di dalam dan di luar Semenanjung Tanah Arab, seterusnya berjaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara luar.

Mempertahankan agama dan Negara islam

Golongan Ansar saling berganding bahu dengan golongan Muhajirin  agama dan Negara  islam sesuai dengan apa yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah. Mereka memainkan peranan penting dalam ekspedisi-ekspedisi ketenteraan  seperti perang Badar, Uhud ,Khandak dan lain-lain.

Menyumbankan harta  benda dan buah fikiran .
Sebagai penduduk tempatan , mereka turut menyumbangkan harta bena dan buah fikiran  dalam menjayakan perjuangan  danperkembangan islam termasuk menyertai peperangan jihad. Contoh Salman al Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam perang Khandak ( Ahzab ).  Golongnan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda dalam menghadapi serangan musuh dalam siri –siri peperangan  seperti  Badar Uhud, dan Khandak.

KESIMPULAN

Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin  telah terlibat sepenuhnya dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan islam yang dibawa oleh Rasulullah.Mereka juga merupakan gandingan mantap bagi memastikan  kejayaan perjuangan  Rasulullah di Makkah dan Madinah
Walau bagaimanapun selepas kewafatan Rasulullah penglibatan golongan muhajirin lebih terserlah apabila di kalangan merekalah dilantik khalifah-khalifah untuk memimpin umat dan negara islam Madinah

Peringatan:
·         Pelajar jawab peranan markah 9 shj max.
·         Calon jawab muhajirin shj – 9 markah max
·         Calon jawab ansar shj – 9 markah max
·         Jika calon hanya nyatakan sahaja penglibatan di Mekah & Madinah tanpa penjelasan yg baik  dpt markah max 15 shj




Wednesday, 4 January 2017

PENGAJIAN AM

KRISIS AIR

Apa Itu Air?

Air anugerah Allah SWT yang sangat penting terhadap kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penegasan berhubung kepentingan sumber air banyak dinukilkan dalam al-Quran. Antaranya firman Allah bermaksud: “Dan Dia menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula menundukkan sungai-sungai bagimu.” (Surah Ibrahim, ayat 32)

Secara umumnya negara kita mempunyai banyak sumber air. Namun, dewasa ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat selari peningkatan jumlah populasi penduduk. Ironinya kita sering terlupa mensyukuri nikmat yang Allah berikan adalah faktor utama kegagalan dalam menangani krisis air.

Acap kali kita sedar betapa berharganya walau setitis apabila terputus bekalan air. Keperitan hidup tanpa bekalan air paip turut menjadikan kita lebih bersemangat untuk berjimat-cermat, tetapi kita sering terlupa untuk mengotakan janji apabila air mula mengalir, kita kembali dengan tabiat lama, mengguna air secara berlebihan dan membazir.

Buktinya, piawaian antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesyorkan kadar penggunaan air setiap individu adalah 165 liter setiap hari. Namun, kajian terbaru menunjukkan setiap rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 310 liter air sehari. Jadi, secara purata rakyat Malaysia terlebih menggunakan air 145 liter sehari. Sebagai perbandingan, seorang penduduk Afrika purata menggunakan air hanya 50 liter seorang sehari, penduduk India 100 liter sehari, manakala Singapura 150 liter sehari.


Krisis Air

Krisis air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejaktahun 1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh digunakan dan pencemaran air.

Dunia kita mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera. Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan untuk menukar air masin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang tidak begitu mudah dilakukan. Kerana inilah hanya sedikit sahaja bekalan air bersih yang diambil dari proses penyahmasinan.

Terdapat beberapa manifestasi utama dari krisis air.
· Kekurangan bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.
· Penggunaan air bawah tanah yang boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian.
· Penggunaan berlebihan dan pencemaran sumber air yang mengganggu kepelbagaian bio.
· Konflik serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh menyebabkan perang.
Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca utama kematian di dunia. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Separuh dari pesakit di hospital adalah disebabkan oleh penyakit dibawa oleh air. Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan.
Pada mulanya manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia
yang semakin bertambah pada abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini
diburukkan lagi dengan kemarau yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.

Punca Krisis Air Di Malaysia

1.Sampah sarap
- Sungai yang tercemar menyebabkan hanya sedikit air boleh dipam ke loji rawatan air.
Dan berdasarkan rekod, kira - kira 300,000 tan sampah, cukup untuk mengisi 110 kolam
renang saiz Olimpik, dibuang ke dalam sungai setiap tahun. Selain daripada beg plastik
sampah, pelbagai sisa buangan termasuk peti sejuk lama, tilam dan peralatan dapur  
juga turut dibuang ke dalam sungai. Sungai yang paling kotor di negara ini, dari segi
jumlah sampah yang ditemui, adalah Sungai Klang. Dianggarkan kira - kira 77,000 tan
sampah dibuang ke dalam sungai itu setiap tahun. Selain daripada sampah, sisa
pembinaan, keladak daripada pembersihan tanah, minyak dan gris dari restoran dan
bahan buangan organik, sisa industri dari kilang dan bengkel turut di buang kedalam
sungai. Ini menyebabkan pencemaran yang lebih serius. Lima sungai yang paling
tercemar di Malaysia adalah Sungai Segget dan Sungai Ayer Merah di Johor, Sungai
Jelutong, Sungai Juru serta Sungai Prai di Pulau Pinang. Sungai Prai adalah yang paling
serius dan telah di klasifikasikan sebagai sungai mati' kerana tidak lagi dapat
menampung sebarang bentuk kehidupan termasuk ikan dan tumbuh - tumbuhan.

2. Penebangan hutan
- Hutan ialah ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian
hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan
lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon
dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga
menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa telah membinasakan
alam semula jadi dan juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh
mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. Membinasakan hutan bukit boleh
menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian
besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku.

3. Kekurangan sumber air yang boleh digunakan
- pertambahan penduduk semulajadi Malaysia adalah tinggi iaitu pada kadar 2.3%
setahun. Dianggarkan pada tahun 2000 penduduk Malaysia akan berjumlah 20 juta
orang dengan pertambahan penduduk tersebut berlaku peningkatan permintaan
terhadap pelbagai keperluan terutamanya air. Disamping itu, perubahan citarasa, gaya
hidup dan kecenderungan boleh menambahkan lagi corak permintaan terhadap air.
Melihatkan keadaan ini, keperluan manusia terhadap air tidak akan berkesudahan dan
perlunya bekalan air sejajar dengan pertumbuhan penduduk.

4. Kemarau
- kemarau yang panjang dan pemanasan global turut menyumbang kepada kekurangan
sumber air bersih sekaligus mendorong kepada krisis air. Masalah kemarau yang
berpanjangan menjadi penyebab utama berlakunya krisis air yang kritikal sehingga
menjejaskan 200,000 pengguna.Rumah pam loji air mentah tidak dapat menampung
keperluan kerana paras sungai semakin rendah. 
Cara Mengatasi Krisis Air Di Malaysia

Peranan masyarakat
A) Bekerjasama
masyarakat Malaysia harus bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya dari segi
sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya program pemulihan 
dan pengurusan sungai dapat dilakukan berterusan bagi menjamin kesempurnaan ke
atas regim sungai dan persekitarannya.

B) Berjimat cermat
Sikap berjimat - cermat perlu wujud dalam diri setiap individu masyarakat yang leka
dengan nikmat Tuhan ini mungkin tidak menyangka bahawa suatu hari nanti kita akan
mengalami musibah ini. Oleh hal yang demikian, sikap berjimat-cermat patut dipupuk
sejak kecil lagi.

Peranan kerajaan
A) Mengekalkan kawasan tadahan hujan
Penebangan kawasan hutan mestilah dielakkan lebih kurang 10 kilometer dari  kawasan
tadahan hujan. Perkara ini penting bagi menjaga kawasan tadahan air daripada 
musnah. Kawasan ini penting bagi membekalkan air bersih kepada kawasan empangan 
sebelum disalurkan ke rumah kediaman dan premis.

B) Catuan air
Kerajaan perlu mengadakan catuan air ke kawasan - kawasan tertentu sebagai langkah
berjaga - jaga. Catuan air boleh dilaksanakan berdasarkan bilangan jam dalam sehari
mengikut kawasan tertentu. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan pembaziran air selain
menyedarkan masyarakat agar menghargai kepentingan air.
C) Kempen kesedaran
bagi mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak
apa' perlu ditangani. Kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap 
individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya perlu disiarkan setiap 
masa.

D) Menaikkan kadar bil air
Ekoran krisis tersebut, Majlis Air Kebangsaan telah ditubuhkan oleh kabinet untuk
mengawal dan mengurus sistem pembahagian air. Negeri - negeri yang menghadapi
krisis air akan menerima bekalan air dari negeri - negeri lain yang stabil bekalan airnya.
Demi menghentikan sikap masyarakat yang cenderung untuk membazir air, kerajaan
telah mengambil langkah menaikkan kadar bayaran bil air di kawasan Lembah Klang.
Keadaan itu dapat memastikan bahawa masyarakat lebih berjimat dan cekap ketika
menggunakan air. Walaupun proses pembersihan sungai daripada unsur - unsur pencemar akan menelan perbelanjaan yang tinggi, kerajaan harus berinisiatif untuk membersihkan sungai - sungai seperti Sungai Klang, Sungai Gombak, dan Sungai Juru yang menghadapi pencemaran yang dahsyat. Dengan cara ini, kualiti bekalan air akan terjamin.

E) Pengagihan dan penggunaan air perlu diperincikan
Sudah tiba masanya pihak Jabatan Air untuk menggantikan paip berkarat dengan paip
yang baru. Sebagai perbadanan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
bekalan air di negara ini, mutu perkhidmatan mereka perlu dipertingkatkan.
Keberkesanan dalam pengagihan dan penggunaan air juga perlu diperincikan supaya
pembaziran air dapat dikurangkan pada tahap yang minimum. Negara maju seperti
Jepun telah mengaplikasikan cara tersebut untuk menjamin mutu bekalan air kepada
rakyatnya.

F) Program kesedaran dan pendidikan
Walau bagaimanapun, rakyat sendiri haruslah sentiasa menghargai sumber air dan
segala amalan pembaziran air perlu dikikis. Program kesedaran dan pendidikan yang
bertujuan untuk memastikan pembabitan orang awam dalam usaha menangani masalah 
krisis air dipercayai dapat membentuk sikap positif pada sanubari anggota rakyat.
Walaupun Malaysia mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun, ini tidak
bermakna bahawa Malaysia terkecuali daripada krisis air yang merugikan. Permintaan air pada masa ini ialah 2.6 bilion meter padu dalam setahun dan dijangka akan terus meningkat kepada 5.8 bilion meter padu menjelang tahun wawasan. Sememangnya sudah tiba masanya untuk kita berganding bahu mengatasi krisis air sebelum bertambah parah.

Kesan Krisis Air di Malaysia

1. Kesan ke atas sumber tanah
- Krisis air ini akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya hakisan
Tanah. Bahkan, air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus
akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia
secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian
yang seterusnya juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan
ekonomi negara.

2. Kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna
- Sebagaimana manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air
bersih untuk hidup. Justeru, sumber air yang tercemar akan menyebabkan flora dan
fauna mati akibat daripada kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas
flora dan fauna akan memberi kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan
ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan
manusia.

3. Kemudaratan kepada manusia
- Krisis air yang berlaku di malaysia akan memberi kemudaratan kepada manusia.Seperti
yang kita tahu,air merupakan keperluan untuk manusia terus hidup.Jika krisis air ini tidak
dapat di atasi dengan segera,kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya manusia akan ditimpa penyakit seperti kekurangan air.

4. Berkurangnya kawasan tadahan
- Kemampuan sesuatu kawasan tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal oleh
keseimbangan alam semula jadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting seperti
litupan tumbuh-tumbuhan dan kapasiti proses infilterasi yang boleh dihasilkan. Sekiranya
keseimbangan ini terganggu maka berlaku beberapa perubahan dalam ciri-ciri air
permukaan yang akan menjejaskan kemampuan sesuatu kawasan tadahan
menghasilkan air. Kawasan tadahan yang terdapat di Malaysia semakin hari
menunjukkan situasi yang tidak sihat. Ini kerana, limpahan pembangunan telah
menyebabkan kawasan tadahan mengalami tekanan sebagai sumber air. Keadaan ini
berlaku hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mengalami krisis ini. Di
antaranya, negeri Johor yang mengalami kemerosotan alam sekitarnya juga
memperlihatkan kawasan tadahan empangan Langat juga sudah mula diterangi. Di
negeri Perak pula, bekalan air untuk kegunaan domestik dan industri diperolehi daripada
pusat pengambilan air di sungai. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih serius
di kawasan lembah yang terdapat aktiviti industri dan eksplotasi sumber balak di kawasan hutan di mana terdapatnya kawasan tadahan.

5. Kekurangan bekalan air
- Kita akan menghadapi kekurangan bekalan air daripada krisis tersebut. Akan
berlakunya catuan air yang akan membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air.Hal
ini akan menyusahkan penduduk untuk menggunakan air bagi keperluan mereka.Dari
sektor pembangunan pula,projek2 akan terkendala kerana kekurangan sumber yang
utama untuk menjalankan projek pembangunan tersebut.

Sumber: http://malaysiann

Tuesday, 3 January 2017

BAHASA MELAYU

PROSES PEMBENTUKAN KATA : PENGAKRONIMAN

1. KONSEP
 Pengakroniman ialah proses membentuk perkataan dengan mencantumkan bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan yang menghasilkan perkataan baharu.
 Bahagian yang dicantumkan terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian lain daripada perkataan yang terlibat.
 Perkataan yang terhasil dipanggil kata akronim.
 Akronim bersifat satu perkataan dan termasuk dalam bentuk kata tunggal.
2. CIRI-CIRI KATA AKRONIM
(a) Akronim ditulis dan disebut sebagai satu perkataan yang utuh.
 IPTAR
 Perhilitan
 debunga
Oleh itu, bentuk yang berikut, yang disebutkan hurufnya satu persatu, tidak dianggap sebagai akronim, tetapi dipanggil singkatan.
 KDN
 SPRM
 UKM
(b) Akronim mengekalkan makna pada rangkai kata asalnya.
 panggung wayang gambar = pawagam
 jentera tolak = jentolak
 Petroleum Nasional Berhad = Petronas
(c) Akronim memendekkan sebutan.
 tadika : taman didikan kanak-kanak
 Perkim : Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
 hakis : habis kikis
Nota
PENGGAL
2
MORFOLOGI
PROSES PEMBENTUKAN KATA : PENGAKRONIMAN
2 http://dermagabmk1.blogspot.com
(d) Akronim membentuk kata tunggal. Walaupun terdapat kata akronim kelihatan seperti kata terbitan, imbuhan yang ada sudah tidak berfungsi.
 berdikari
 Perhilitan
 Bernama
3. JENIS PENGAKRONIMAN
(a) Berdasarkan cara penulisan, terdapat tiga jenis akronim:1
(i) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata = terdiri daripada kata nama khas, dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya.
 ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia
 IKIM = Institut Kefahaman Islam Malaysia
 ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri
(ii) Gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata = terdiri daripada kata nama khas, huruf pertamanya sahaja dieja dengan huruf besar.
 Perkeso = Pertubuhan Keselamatan Sosial
 Bernama = Berita Nasional Malaysia
 Mabbim = Majlis Bahasa Brunei Darussslam, Indonesia, Malaysia
 Perhilitan = Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(iii) Gabungan suku kata dengan suku kata = daripada kata nama am, ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.
 kugiran = kumpulan gitar rancak
 cerpen = cerita pendek
 asbut = asap dan kabut
 pulihara = pulih dan pelihara
(b) Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan, kata akronim dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis:2
(i) Cantuman huruf awal perkataan
 IPTAR = Institut Penyiaran Tun Abdul Razak
 JAIS = Jabatan Agama Islam Selangor
 pati = pendatang asing tanpa izin
1 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008): hlm. 66-67; Tatabahasa Asas (2012): hlm. 38-39
2 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008): 105-106
3 http://dermagabmk1.blogspot.com
(ii) Cantuman huruf dan suku kata perkataan
 Proton = Perusahaan Otomobil Nasional
 Intan = Institut Tadbiran Awam Negara
 Mara = Majlis Amanah Rakyat
(iii) Cantuman suku kata awal perkataan
 tadika = taman didikan kanak-kanak
 pawagam = panggung wayang gambar
 Gapena = Gabungan Persatuan Penulis Nasional
(iv) Cantuman bahagian awal perkatan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya
 jenama = jenis nama
 purata = pukul rata
 berdikari = berdiri di atas kaki sendiri

Saturday, 3 December 2016

BAHASA MELAYU

RAGAM AYAT:
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
 Kejadian ayat aktif dan ayat pasif ini menjadi satu ciri pembeza dalam binaan ayat.1
 Ayat aktif dan pasif mudah dikenali dengan wujudnya kata kerja atau frasa kerja
sebagai unsur utama konstituen predikat.
1. PENGERTIAN
 Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan.2
2. CIRI
 Mempunyai kata kerja atau frasa kerja aktif sebagai unsur utama predikat
 Terbahagi kepada dua jenis, iaitu ayat aktif transitif, dan ayat aktif tak transitif.
3. JENIS
(I) Ayat Aktif Transitif
 Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja atau frasa kerja
transitif yang diikuti oleh objek.
 Ayat aktif transitif boleh mengandungi satu objek dan dua objek.
 Ayat aktif transitif boleh dipasifkan (ditukar kepada ayat pasif).
 Kata kerja atau frasa kerja transitif:
 Terletak dalam konstituen predikat
 Selalunya berimbuhan meN- (me-, mem-, men-, meng-, menge-, dan
meny-) dan ter-.
 Perlu diikuti oleh objek atau unsur penyambut untuk menyempurnakan
maksud ayat.
 Objek terdiri daripada:
 Kata nama atau frasa nama.
 Klausa komplemen bagi ayat majmuk aktif transitif komplemen.3
1 Nik Safiah Karim, et al Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka (1995:326)
2 Nik Safiah Karim, et al Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (2008:483)
3 Nik Safiah Karim, et al. (2008:485)
AYAT AKTIF
PENGENALAN
2 - http://dermagabmk1.blogspot.com
(a) Ayat aktif transitif dengan satu objek
 Ayat aktif jenis ini mengandungi satu kata nama atau frasa nama sebagai objek tunggal.
Subjek Predikat Kata Kerja Transitif Objek
 Mereka
 Ketua jabatan
 Saya
 Pengurus
 Buruh projek itu
menggunakan
harus mengawasi
menulis
memanggil
memperlebar
lorong itu.
disiplin pekerja mereka.
rencana tentang bahasa.
awak.
lebuh raya.
 Bagi ayat majmuk pancangan komplemen, klausa komplemen berfungsi sebagai penyambutnya.
Subjek Predikat Kata Kerja Transitif Klausa Komplemen (Objek)
 Ibunya
 Banyak orang
 Pengetua
 Dia
 Pengawal itu
menyatakan
mengetahui
mengesahkan
menganggap
menyedari
bahawa Rashid sudah pergi.
bahawa dia pernah berkahwin.
bahawa esok hari cuti.
bahawa kami lemah.
bahawa dialah yang bersalah.
 Ayat aktif transitif dengan objek yang boleh digugurkan secara pilihan
 Pengguguran boleh dibuat kerana kata kerja transitifnya mempunyai atau memperoleh ciri adjektif, iaitu yang dapat menerima kata penguat.
 Lazimnya kata kerja ini terdiri daripada kata kerja terbitan dengan kata dasarnya ialah kata adjektif.4
Subjek Predikat Kata Kerja Transitif (berciri adjektif) Objek (boleh digugurkan)
 Keputusan itu
 Peristiwa tersebut
 Kekalahan itu
 Hujahnya
 Perkahwinannya
sungguh memeranjatkan
amat memalukan
memilukan
kurang meyakinkan
membahagiakan
(keluarganya).
(kita).
(peminat-peminatnya).
(juri-juri itu).
(ibu bapanya).
4 Nik Safiah Karim, et al (2008:467)
3 - http://dermagabmk1.blogspot.com
(b) Ayat aktif transitif dengan dua objek
 Ayat aktif jenis ini mengandungi dua objek yang hadir berturutan selepas kata kerja transitif, yang masing-masing dipanggil objek tepat dan objek sipi.
 Objek tepat mengikuti kata kerja transitif secara langsung, manakala objek sipi mengikuti objek tepat, ialah objek sipi.
 Kata kerja transitif yang terlibat ialah yang berimbuhan meN-...-kan dan meN-...-i.
 Ayat dua objek ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transtif satu objek dengan meletakkan kata sendi nama di antara dua objek tepat asal.5
(II) Ayat Aktif Tak Transitif
 Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja atau frasa kerja transitif.
 Frasa kerja jenis ini tidak perlu diikuti oleh objek sebagai penyambut.6
 Terdapat dua jenis utama ayat aktif tak transitif, iaitu jenis dengan keterangan yang boleh digugurkan (tanpa pelengkap), dan jenis dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan (berpelengkap).7
5 Nik Safiah Karim, et al. (2008:486)
6 Nik Safiah Karim, et al (2008:487)
7 Nik Safiah Karim, et al (2008:487) Subjek Predikat Kata Kerja Transitif Objek Tepat Objek Sipi
 Sepinah
 Halimah
 Raja
 Hakim
 Pak Bedul
membawakan
menjahitkan
menganugerahi
menjatuhi
menghadiahi
saya
anaknya
Hang Tuah
pencuri itu
isterinya
semangkuk bubur.
baju kurung.
persalinan pakaian.
hukuman penjara.
cincin berlian. Subjek Predikat Kata Kerja Transitif Objek Frasa Sendi Nama (Keterangan)
 Sepinah
 Halimah
 Raja
 Hakim
 Pak Bedul
membawa
menjahit
menganugerahkan
menjatuhkan
menghadiahkan
semangkuk bubur
baju kurung
persalinan pakaian
hukuman penjara
cincin berlian
kepada saya.
untuk anaknya.
kepada Hang Tuah.
terhadap pencuri itu.
kepada isterinya.
4 - http://dermagabmk1.blogspot.com
(a) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan
 Ayat aktif tak transitif jenis ini ialah ayat yang mengandungi kata kerja atau frasa kerja tak transitif yang diikuti oleh frasa keterangan yang boleh digugurkan.
 Ayat ini dipanggil juga ayat aktif tak transitif tanpa pelengkap, iaitu kerja atau frasa kerja transitifnya tidak memerlukan pelengkap.
Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan (boleh digugurkan)
 Banyak orang
 Pokok itu
 Kertas itu
 Haji Jumain
 Budak-budak
bersiar-siar
membesar
bergaris
terduduk
mahu berkelah
(di Tasik Titiwangsa).
(dengan cepatnya).
(pada bahagian tepi).
(di situ).
(pada hujung minggu ini).
(b) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
 Ayat aktif tak transitif jenis ini tidak boleh menggugurkan keterangan, kerana menjadi pelengkap bagi kata kerja atau frasa kerja tak transitif.
 Ayat ini dikenali juga sebagai ayat aktif tak transitif berpelengkap.
 Pelengkap diperlukan untuk menyempurnakan maksud ayat.
 Keterangan (pelengkap) boleh terdiri daripada frasa nama, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
 Pelengkap terdiri daripada kata nama atau frasa nama
Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap (Frasa nama)
 Pengemis itu
 Budak tersebut
 Gadis itu
berselimutkan
mahu bertemankan
menyerupai
surat khabar lama.
ibunya sahaja.
kekasih lamanya.
 Pelengkap terdiri daripada kata adjektif atau frasa adjektif
Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap (Frasa adjektif)
 Saya
 Mereka
 Tempat itu
berasa
tidak mahu berbuat
sudah beransur
sungguh yakin.
jahat.
tenteram.
5 - http://dermagabmk1.blogspot.com
 Pelengkap terdiri daripada frasa sendi nama
Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap (Frasa sendi nama)
 Burung belatuk
 Kebanyakan pelajar
 Banyak kenderaan
hinggap
tinggal
menghala
pada batang getah.
di asrama.
ke selatan.
(c) Ayat aktif tak transitif dengan penerang8
 Ayat ini ialah ayat yang mengandungi kata kerja atau frasa kerja tak transitif yang diikuti oleh kata nama atau frasa nama.
 Kata nama atau frasa nama itu bukan pelengkap dan bukan objek.
 Ayat ini hampir menyerupai ayat aktif tak transitif tanpa pelengkap, kerana kata nama atau frasa nama selepas kata kerja atau frasa kerja tak transitif boleh digugurkan.
Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif Penerang (Frasa nama)
 Kesukaannya
 Hajah Zarinah
 Kerja utamanya
bermain
berniaga
bertukang
badminton.
kain langsir.
kayu.
1. PENGERTIAN
 Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja atau frasa yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
 Ayat ini asalnya daripada ayat aktif transitif.9
2. CIRI
 Mempunyai kata kerja atau frasa kerja pasif sebagai unsur utama predikat
 Ayat pasif dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis:
8 Ahmad Khair Mohd Nor, et al. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia (2012:401-402). Nik Safiah Karim, et al. (2008:389-390) menyentuh hal ini dalam bab Frasa Kerja.
9 Nik Safiah Karim, et al (2008:484)
AYAT PASIF
6 - http://dermagabmk1.blogspot.com
 ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
 ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
 ayat pasif dengan perkataan kena sebelum kata kerja.
3. JENIS AYAT PASIF
(I) Ayat Pasif dengan imbuhan Kata Kerja Pasif
 Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang mengandungi kata kerja berimbuhan pasif di- dan ter-, ber- dan ke-...-an.
 Imbuhan di- digunakan untuk frasa ganti nama diri orang ketiga sahaja, boleh diikuti oleh kata sendi nama oleh secara pilihan atau boleh digugurkan sekiranya mengikuti kata kerja secara langsung.
(a) Imbuhan frasa kerja pasif di-
 Kata sendi nama oleh boleh digunakan atau digugurkan secara pilihan.
 Boleh terdiri daripada jenis-jenis:
 Ayat pasif imbuhan di- kata ganti nama diri ketiga
- berasal daripada ayat aktif transtif yang subjeknya kata ganti nama orang ketiga.
 Ayat pasif imbuhan di- bukan kata ganti nama diri ketiga
- berasal daripada ayat aktif transtif yang subjeknya bukan kata ganti nama orang ketiga.10
 Kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan sekiranya terletak jauh daripada frasa kerja.11
10 Ahmad Khair Mohd Nor, et al. (404-405)
11 Nik Safiah Karim, et al (2008:490)
 Ikan itu sudah diambil (oleh) Ahmadi semalam.
 Tilam buruk itu telah dibakar (oleh) ayah pagi tadi.
 Novel tebal itu ditulis (oleh) Dato’ Abdullah Hussain.
 Banyak pokok kelapa ditumbangkan (oleh) ribut.
 Tebing itu telah dihakis (oleh) air dari bukit.
 Tikus mondok tadi sudah ditangkap (oleh) kucing.
7 - http://dermagabmk1.blogspot.com
(b) Imbuhan frasa kerja pasif ter-
 Kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Jika digugurkan, ayat menjadi janggal dan berubah makna.
 Jika berasal daripada ayat aktif transitif yang subjeknya ganti nama diri orang ketiga, dipanggil juga ayat pasif kata ganti nama diri ketiga.
 Jika berasal daripada ayat aktif transitif yang subjeknya bukan kata ganti nama diri orang ketiga, dipanggil ayat pasif bukan kata ganti nama diri ketiga.
(c) Imbuhan frasa kerja pasif ber-
 Kata sendi nama oleh selepas frasa kerja pasif sebenarnya wujud tetapi selalunya digugurkan.
(d) Imbuhan frasa kerja pasif ke-...-an
 Digunakan tanpa perlu diikuti oleh kata sendi nama oleh.
 Ikan itu sudah diambil semalam oleh Ahmadi.
 Tilam buruk itu telah dibakar pagi tadi oleh ayah.
 Novel tebal itu ditulis pada tahun 1993 oleh Dato’ Abdullah Hussain.
 Gerai jualan itu terlanggar oleh kereta.
 Pagar rumahnya tertimpa oleh dahan pokok.
 Pekerja lombong arang batu tertimbus oleh runtuhan tanah.
 Baju itu artis itu berjahit (oleh tukang jahitnya) dengan benang emas.
 Pertanyaan kami dahulu belum berjawab (oleh pihak berkenaan).
 Kain yang dibasuh tadi belum berjemur (oleh kakak).
 Dua beradik itu kehujanan sepanjang petang.
 Kucing kesayangannya mati ketulangan.
 Banglo itu telah kecurian dua kali tahun ini.
 Pen itu terambil oleh kakak pagi tadi.
 Karipap itu termakan oleh adik bongsunya.
 Pasu kesayangan emak terlanggar oleh Kak Odah.
8 - http://dermagabmk1.blogspot.com
(e) Imbuhan frasa kerja pasif ter-...-kan dan ter-...-i
 Dengan menggunakan kata nafi (tidak).12
 Boleh diikuti kata sendi nama oleh.
(II) Ayat pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua
 Ayat pasif jenis ini menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua sebelum kata kerja (pasif).
 Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama
 Ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua
 Kedua-dua kata ganti nama diri ini tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan di- yang bersama dengan oleh atau tidak.
 Unsur-unsur lain, umpamanya kata bantu, tidak boleh disisipkan di antara kata kerja dan kata ganti nama tersebut.
12 Ahmad Khair Mohd Nor, et al. (2012:407)
 Lantai itu belum saya bersihkan.
 Anak pokok ini akan kami tanam di halaman rumah.
 Pesakit itu akan kita ziarahi selepas ini.
 Latihan itu perlu kamu siapkan segera.
 Buku rujukan wajar kamu beli.
 Sampah hendaklah kalian buang ke dalam tong.
 *Lantai itu belum dibersihkan oleh saya.
 *Anak pokok itu akan ditanam oleh kami di halaman rumah.
 *Buku rujukan wajar dibeli oleh kamu.
 *Tugas ini kami mesti pikul dengan sepenuh hati.
 *Hutang itu aku akan jelaskan esok.
 *Perkara tersebut awak belum putuskan hingga sekarang.
 Kelazatan masakan itu tidak tergambarkan (oleh pelanggan).
 Hajat datuk untuk ke kampung tidak terpenuhi.
 Kehebatan pemain itu tidak teratasi (oleh pemain lain).
9 - http://dermagabmk1.blogspot.com
(III) Ayat Pasif dengan Perkataan kena
 Ayat pasif ini menggunakan perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
 Perkataan ini kelihatannya seperti pilihan kepada imbuhan pasif di-.
 Perkataan kena di sini membawa maksud subjeknya terkena perbuatan yang dilakukan oleh frasa nama lain, bukan melakukan perbuatan kepada objek lain.
 Binaan oleh + frasa nama selepas kata kerja boleh digugurkan secara pilihan.
4. TAMBAHAN
 Cara untuk mengenal pasti ayat pasif:
 Kata berimbuhan ter-, ber-, dan kata kena boleh digantikan dengan imbuhan di-.
 Imbuhan ter- dan ber- itu, jika tidak boleh digantikan dengan di-, menunjukkan bahawa kata terbitan tersebut ialah kata kerja tak transitif.
 Budak nakal itu kena pukul (oleh ibunya).
 Mereka kena kejar (oleh lembu gila).
 Saya tidak sanggup lagi kena tipu.

BAHASA MELAYU

SENARAI KESALAHAN SINTAKSIS

Bil


Jenis kesalahan

Huraian kesalahan

Bentuk hukuman

1


Ayat tergantung

Tiada subjek

Kesalahan struktur

2

Ayat tergantung

Tiada predikat


Kesalahan struktur

3

Kata hubung

Ada digunakan tetapi salah

Kesalahan struktur


4

Kata hubung

Tertinggal / tidak digunakan tetapi ayat itu sepatutnya harus menggunakan kata hubung tertentu


Kesalahan struktur

5

Kata hubung


Digunakan untuk memulakan ayat

1.    Namun, ….
2.    Tetapi, ….
3.    Manakala, ...
4.    Lalu, ...

Kesalahan struktur

6

Kata sendi nama

Ada digunakan tetapi salah

Kesalahan morfologi


7

Kata sendi nama


Tertinggal / tidak digunakan tetapi ayat itu sepatutnya harus menggunakan kata sendi tertentu tertentu


Kesalahan struktur

8

Kesalahan semantik

Ayat yang dihasilkan membawa makna yang lain disebabkan penggunaan perkataan yang tidak tepat.


Kesalahan struktur

9

Kata kerja

Kata kerja Tak Transitif + Kata kerja transitif


Bukan kesalahan struktur (betul)

10

Kata kerja

Kata kerja tak transitif + kata kerja tak transitif


Bukan kesalahan struktur (betul)

11

Kata kerja


Kata kerja transitif + kata kerja transitif


Kesalahan struktur

12

Kata hubung berpasangan


Jika pasangan kata hubung tersebut salah/tidak diletakkan pasangan


Senarai pasangan yang betul

Tatabahasa Asas (Hlm 179)

a.      baik … atau/ataupun …
b.      baik … mahupun …
c.      bukan sahaja … tetapi juga
d.      bukan sahaja … malahan/malahan juga
e.      semakin … semakin
f.       biar … jangan
g.      makin … makin
h.      jangankan … pun
i.        sama ada … atau/ataupun …
j.        sungguhpun … namun …


Kesalahan struktur




13

Penanda wacana – memulakan ayat


Penggunaan yang salah

a.      Hal ini kerana
b.      Ini kerana
c.      Selain daripada itu
d.      Sejak dari itu
e.      Malah,
f.       Malahan,
g.      Justeru
h.      Justeru itu
i.        Oleh kerana itu

dan lain-lain (jika ada)


Kesalahan struktur

14

Kata pemeri
-       Adalah
-       Ialah
-       Merupakan

a.    Tidak ada digunakan dalam ayat
b.    Ada digunakan tetapi salah
c.    Digunakan serentak – adalah merupakan / ialah merupakan


Kesalahan struktur

15



Penggunaan kata “Antaranya,”


Penggunaan yang dianggap betul

a.    Malaysia terkenal dengan buah-buahan tempatan. Antaranya, buah jambu, durian, dan langsat.

b.    Malaysia terkenal dengan buah-buahan tempatan. Antaranya ialah buah jambu, durian, dan langsat.

c.    Malaysia terkenal dengan buah-buahan tempatan. Antara buah yang popular ialah buah jambu, durian, dan langsat.




Bukan kesalahan struktur (betul)


Bukan kesalahan struktur (betul)




Bukan kesalahan struktur (betul)
16
Kesalahan lewah

Penggunaan perkataan yang sama makna dalam satu ayat.

a.      walaupun … namun (maksud sama iaitu pertentangan)

b.      Hukum D-M “Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang” atau yang menerangkan:

c.      Kesalahan umum dari segi kata jamak

-       mereka-mereka
-       semua kereta-kereta
-       para-para pelajar
-       empat orang abang-abang

d.      Kesalahan umum dari segi kata penguat

-       Paling tinggi sekali
-       Terpandai sekali
-       paling indah sekali
-       Begitu menakutkan sekali
-       Agak jauh sekali

e.    Kata adjektif dan imbuhan “ter” dengan kata penguat “sekali’

dan lain-lain

Kesalahan struktur










Penggunaan “Contohnya”
“contoh” yang boleh digunakan pada awal ayat dan “contohyang tidak boleh digunakan pada awal ayat

1.            Yang betul:

a.    Ayat yang sebelumnya itu lengkap dan jelas, dan ayat yang kedua mempunyai koheren yang utuh dengan ayat pertama.

Contoh 1

i.                Malaysia banyak mengeksport hasil pertanian. Antaranya/misalnya/contohnya ("nya") merujuk kepada "hasil pertanian". "contohnya/misalnya" boleh digunakan pada awal ayat.

ii.               Ayat menjadi - Malaysia banyak mengeksport hasil pertanian. Contohnya/antaranya, getah, kelapa sawit, nanas, dan lada hitam.

2.            Yang salah
Ayat pertama tergantung atau kabur. Ayat kedua juga demikian.

Contoh:

i.                Hidupan eksotik di negara ini. Contohnya orang utan perlu dilindungi.

"contohnya" di sini tidak boleh digunakan pada awal ayat; ayat menjadi tergantung.

Ayat sepatutnya :

Hidupan eksotik di negara ini, contohnya orang utan perlu dilindungi.







3.            Yang salah
Ayat kedua itu tergantung atau tidak memperlihatkan koheren yang kukuh dengan ayat pertama.

Contoh:
i.              Salah
Banyak syarikat Jepun melabur di negara ini. Contohnya dalam bidang elektrik dan elektronik telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.

Betul
Banyak syarikat Jepun melabur di negara ini. Antaranya, Mitsumi dan Toshiba yang melabur dalam bidang elektrik dan elektronik. Pelaburan tersebut telah menjanakan banyak peluang pekerjaan.

ii.            Salah
Banyak buah tempatan di Malaysia. Misalnya jambu dan pisang boleh diawet kering.

Betul:
Banyak buah tempatan di Malaysia yang boleh diawet kering, contohnya jambu dan pisang.

iii.           Salah
Berbagai-bagai kenderaan telah dikeluarkan oleh syarikat automobil tempatan. Contohnya Proton yang telah dipasarkan di luar negara.

Betul
Berbagai-bagai/pelbagai kenderaan telah dikeluarkan oleh syarikat automobil tempatan, contohnya Proton yang telah mengeluarkan kereta, kenderaan pacuan empat roda, van, dan kenderaan pelbagai guna. Kenderaan itu telah dipasarkan di luar negara.

Atau


Berbagai-bagai kenderaan telah dikeluarkan oleh syarikat automobil tempatan. Contohnya, kereta, kenderaan pacuan empat roda, dan van yang telah dikeluarkan oleh Syarikat Proton Nasional Bhd.