Tuesday, 3 January 2017

BAHASA MELAYU

PROSES PEMBENTUKAN KATA : PENGAKRONIMAN

1. KONSEP
 Pengakroniman ialah proses membentuk perkataan dengan mencantumkan bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan yang menghasilkan perkataan baharu.
 Bahagian yang dicantumkan terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian lain daripada perkataan yang terlibat.
 Perkataan yang terhasil dipanggil kata akronim.
 Akronim bersifat satu perkataan dan termasuk dalam bentuk kata tunggal.
2. CIRI-CIRI KATA AKRONIM
(a) Akronim ditulis dan disebut sebagai satu perkataan yang utuh.
 IPTAR
 Perhilitan
 debunga
Oleh itu, bentuk yang berikut, yang disebutkan hurufnya satu persatu, tidak dianggap sebagai akronim, tetapi dipanggil singkatan.
 KDN
 SPRM
 UKM
(b) Akronim mengekalkan makna pada rangkai kata asalnya.
 panggung wayang gambar = pawagam
 jentera tolak = jentolak
 Petroleum Nasional Berhad = Petronas
(c) Akronim memendekkan sebutan.
 tadika : taman didikan kanak-kanak
 Perkim : Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
 hakis : habis kikis
Nota
PENGGAL
2
MORFOLOGI
PROSES PEMBENTUKAN KATA : PENGAKRONIMAN
2 http://dermagabmk1.blogspot.com
(d) Akronim membentuk kata tunggal. Walaupun terdapat kata akronim kelihatan seperti kata terbitan, imbuhan yang ada sudah tidak berfungsi.
 berdikari
 Perhilitan
 Bernama
3. JENIS PENGAKRONIMAN
(a) Berdasarkan cara penulisan, terdapat tiga jenis akronim:1
(i) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata = terdiri daripada kata nama khas, dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya.
 ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia
 IKIM = Institut Kefahaman Islam Malaysia
 ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri
(ii) Gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata = terdiri daripada kata nama khas, huruf pertamanya sahaja dieja dengan huruf besar.
 Perkeso = Pertubuhan Keselamatan Sosial
 Bernama = Berita Nasional Malaysia
 Mabbim = Majlis Bahasa Brunei Darussslam, Indonesia, Malaysia
 Perhilitan = Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(iii) Gabungan suku kata dengan suku kata = daripada kata nama am, ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.
 kugiran = kumpulan gitar rancak
 cerpen = cerita pendek
 asbut = asap dan kabut
 pulihara = pulih dan pelihara
(b) Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan, kata akronim dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis:2
(i) Cantuman huruf awal perkataan
 IPTAR = Institut Penyiaran Tun Abdul Razak
 JAIS = Jabatan Agama Islam Selangor
 pati = pendatang asing tanpa izin
1 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008): hlm. 66-67; Tatabahasa Asas (2012): hlm. 38-39
2 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008): 105-106
3 http://dermagabmk1.blogspot.com
(ii) Cantuman huruf dan suku kata perkataan
 Proton = Perusahaan Otomobil Nasional
 Intan = Institut Tadbiran Awam Negara
 Mara = Majlis Amanah Rakyat
(iii) Cantuman suku kata awal perkataan
 tadika = taman didikan kanak-kanak
 pawagam = panggung wayang gambar
 Gapena = Gabungan Persatuan Penulis Nasional
(iv) Cantuman bahagian awal perkatan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya
 jenama = jenis nama
 purata = pukul rata
 berdikari = berdiri di atas kaki sendiri

No comments:

Post a Comment