Friday, 6 January 2017

SEJARAH

  1. Bincangkan penglibatan golongan Muhajirin dan Ansar dalam perkembangan Islam.                                                                                                           [20 markah]                                                 

PENDAHULUAN
-   Muhajirin  merupakan penduduk asal kota Makkah dan merupakan masyarakat Quraisy.  Golongan  ini merupakan masyarakat yang terawal memeluk islam.  Kemudiannya mereka berhijrah ke Madinah kerana penentangan dari Musyrikin Makkah. Di Madinah mereka dipanggil Muhajirin dimana istilah ini berasal daripada perkataan muhajir yang bermaksud penghijrah.
-          Ansar pula merupakan penduduk asal Madinah  yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk islam hasil pertemuan mereka dengan  Rasulullah di Makkah melalui Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Mereka menyatakan kesediaan  menerima dan mempertahankan islam serta mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah. Mereka juga bersetuju melantik Rasulullah sebagai pemimpin mereka.
-          Jelaslah bahawa melalui penglibatan golongan Muhajirin dan Ansar inilah membolehkan islam terus berkembang di Mekkah dan Madinah
ISI
       Penglibatan Muhajirin di Makkah
Menerima dan mempertahankan islam.

-          Sewaktu di Makkah merekalah kelompok pertama yang menerima dan mempertahankan keutuhan agama islam  .Merekalah golongan pertama yang melafazkan kesetiaan terhadap islam dan bersama-sama berjuang dengan Rasulullah . Sebagai contoh Abu Bakar, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan lain-lain adalah pendukung islam pada peringkat awal ketika dakwah  secara sulit. Selepas pengislaman Umar Al khattab ,umat islam berani  berdakwah secara terangan.Mereka bertindak membantu Nabi dalam usaha mengembangkan ajaran islam di Mekkah pada masa itu

Sanggup menghadapi rintangan  dan penentangan.

Golongan Muhajirin juga sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan hebat daripada kaum musyrikin Makkah dalam mengembangkan islam sama ada secara fizikal atau mental. Meskipun mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan penyiksaan  dan pembunuhan.  Bagaimanapun keimanan mereka tetap teguh dan kelompok ini terus tabah bagi memastikan islam terus berkembang. Contohnya penyiksaan ke atas Bilal bin Rabah dan  pembunuhan ke atas keluarga Ammar bin Yassir  tidak melemahkan keimanan umat islam yang lain. Kesemua ini dilakukan demi mengembangkan agama islam

-           Sanggup berkorban nyawa dan harta

Kelompok ini banyak menyumbang harta benda dalam mengembangkan agama islam menerusi gerakan dakwah. Sahabat-sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar,  Umar,Uthman  dan Siti Khadijah berusaha membeli dan membebaskan hamba.Al Arqam  pula sanggup menghadiahkan rumahnya untuk dijadikan markas dakwah. Ali bin Abi Talib  sanggup tidur ditempat tidur Rasulullah pada malam peristiwa hjrah manakala Abu Bakar setia bersama Rasulullah sewaktu hijrah ke Madinah . Kesemua usaha ini dilakukan demi untuk mengembangkan agama islam

-          Menjalankan usaha dakwah

Sahabat-sahabat Rasulullah turut membantu mengembangkan  islam samada secara sembunyi mahupun secara terangan . Mereka menyeru kum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah kearah agama yang benar. Pada peringkat awal penyebaran islam  Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Talhah, Zubair dan lain-lain.Dakwah secara sulit selama tiga tahun  diikuti secara terangan .Bermula dari sinilah umat islam berdepan dengan cabaran ekoran usaha dakwah ditentang hebat oleh musyrikn Makkah.

-           Berhijrah ke Madinah

Golongan Muhajirin sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan  untuk berhijrah bersama Rasulullah ke Madinah demi mengembangkan agama islam. Ini merupakan pengorbanan yang paling besar kerana mereka sanggup meninggalan kampung halaman, harta benda, keluarga demi Allah dan RasulNya. Individu yang pertama berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad dan diikuti Amir bin Rabiah dan isteriya Laila Jahsi.  Pada peringkat awal seramai 70 orang islam ( Muhajirin )berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah. Penghijrahan ini menandakan bermulanya hubungan diplomatik dengan kerajaan asing dan pengembangan agama islam sebagai agama yang benar.

Penglibatan Muhajirin di  Madinah

-          Membantu Rasulullah dalam Keagamaan dan Pentadbiran

Golongan Muhajirin merupakan pembantu utama kepada perkembangan agama islam dalam aspek keagamaan dan pemerintahan.Contoh selepas peristiwa Aqabah 1 (622M) Mus’ab bin Umair telah diutus sebagai pendakwah bagi membantu penduduk Madinah mendalami ajaran islam. Mereka membina masjid di tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat  secara terbuka yang tidak dapat dilakukan di Makkah.
Berkorban harta untuk agama

-          Demi mengembangkan agama islam golongan Muhajirin juga telah mengorbankan nyawa dan harta demi agama sebagai contoh Uthman bin Affan telah berkorban dengan menyumbangkan  100 ekor unta dan  1000 dinar ketika perang Tabuk dalam membantu tentera islam. Tindakan ini dibuat agama Islam dapat memenangi perang tersebut seterusnya syiar islam dapat di kembangkan

-          Mengukuhkan ketenteraan islam.

Selain itu golongan Muhajirin juga merupan tunggak ketenteraan dalam menghadapi musuh dan mengembangkan agama. Contohnya Umar al Khattab, Hamzah bin Abdul Muttalib, Ali bin Abi Talib  merupakan pejuang islam terkemuka dalam mengembangkan agama.

 Menjadi utusan dakwah ke luar Negara
Dalam mengembangkan agama islam di Tanah Arab Rasulullah telah bertindak menghantar golongan Muhajirin sebagai utusan dakwah keluar Semenanjung Arab. Contohnya Amru bin Umayyah ke Habsyah dan Abdullah bin Huzaifah ke Parsi. Usaha ini adalah amat penting dalam membantu gerakan dakwah Nabi terutama dalam mengembangkan agama islam.

Penglibatan Golongan Ansar di Makkah

             Menerima dan Menyokong ajaran Rasulullah.
            Peranan golongan Ansar dalam mengembangkan agama islam yang utama
            ialah menerima dan menyokong ajaran nabi. Dalam syarat perjanjian Aqabah 1   
            dan 2 misalnya mereka menyatakan kesanggupan menerima islam dalam
            keadaan  orang kafir Makkah menentangnya.Golongan Ansar  berikrar berjuang
            bersama –sama Rasulullah.

 
Merintis penghijrahan Rasulullah

Golongan ansar menjemput Rasulullah  berhijrah ke Madinah . Mereka sanggup  melantik Rasulullah sebagai pemimpin di Madinah. Perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis kepada  peristiwa hijrah   Rasulullah dan  golongan Muhajirin. Penghijrahan ini menjadi asas kepada penguasaan politik umat islam dan menamatkan penderitaan  golongan Muhajirin di Makkah. Kesemua usaha in dilakukan dalam membantu mengembangkan agama islam

Peranan Golongan ansar di Madinah

.Membantu menyebarkan islam

-          Golongan Ansar bertanggung jawab membawa masuk dan menyebarkan islam di Madinah . Rasulullah bertanggung jawab melantik Naqib (9 khazraj) dan ( 3 Aus) untuk membimbing umat islan di Madinah  bagi membantu menyebarkan agama islam dengan lebih meluas. Hasil usaha para Naqib ini menyebabkan agama islam sepat tersebar.

Membantu golongan Muhajirin

Golongan Ansar banyak membantu golongan Muhajirin yang datang dari Makkah sehelai sepinggang. Mereka menyumbang  pebgai bantuan  sosioekonomi  seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk perniagaan.Malah ada yang sanggup menceraikan isterinya seperti Saad Bin Abi Waqa’ bagi membolehkan Muhajirin  mengambilnya sebagai  isteri. Senario ini adalah menjadi contoh kepada satu pengorbanan Ansar dalam mengembangkan agama islam di Madinah

Membantu Rasulullah dalam aspek keagamaan dan pentadbiran

Di Madinah mereka sanggup menerima Rasulullah sebagai pemimpin. Sebahagian  golongan Ansar menjadi ahli majlis Syura tertinggi  contohnya Abu Ubaidah Al-Jarrah dan ramai lagi yang banyak membantu Rasulullah dalam pentadbiran.. Mereka membantu Rasulullah  menggubal Piagam Madinah yang merupakan asas penubuhan Negara islam pertama.

Menjalankan Usaha dakwah

Sebahagian golngan Ansar  menjadi guru agama dan pendakwah serta mengembangkan islam di luar kota Madinah.Sebahagian mereka dilantik menjadi utusan untuk memperkenalkan islam di dalam dan di luar Semenanjung Tanah Arab, seterusnya berjaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara luar.

Mempertahankan agama dan Negara islam

Golongan Ansar saling berganding bahu dengan golongan Muhajirin  agama dan Negara  islam sesuai dengan apa yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah. Mereka memainkan peranan penting dalam ekspedisi-ekspedisi ketenteraan  seperti perang Badar, Uhud ,Khandak dan lain-lain.

Menyumbankan harta  benda dan buah fikiran .
Sebagai penduduk tempatan , mereka turut menyumbangkan harta bena dan buah fikiran  dalam menjayakan perjuangan  danperkembangan islam termasuk menyertai peperangan jihad. Contoh Salman al Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam perang Khandak ( Ahzab ).  Golongnan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda dalam menghadapi serangan musuh dalam siri –siri peperangan  seperti  Badar Uhud, dan Khandak.

KESIMPULAN

Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin  telah terlibat sepenuhnya dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan islam yang dibawa oleh Rasulullah.Mereka juga merupakan gandingan mantap bagi memastikan  kejayaan perjuangan  Rasulullah di Makkah dan Madinah
Walau bagaimanapun selepas kewafatan Rasulullah penglibatan golongan muhajirin lebih terserlah apabila di kalangan merekalah dilantik khalifah-khalifah untuk memimpin umat dan negara islam Madinah

Peringatan:
·         Pelajar jawab peranan markah 9 shj max.
·         Calon jawab muhajirin shj – 9 markah max
·         Calon jawab ansar shj – 9 markah max
·         Jika calon hanya nyatakan sahaja penglibatan di Mekah & Madinah tanpa penjelasan yg baik  dpt markah max 15 shj




No comments:

Post a Comment