KRISIS AIR
Apa Itu Air?
Air anugerah
Allah SWT yang sangat penting terhadap kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang
mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Penegasan berhubung kepentingan sumber air banyak dinukilkan dalam al-Quran.
Antaranya firman Allah bermaksud: “Dan Dia menurunkan air hujan dari langit,
kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan yang
menjadi rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera bagimu supaya
bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula
menundukkan sungai-sungai bagimu.” (Surah Ibrahim, ayat 32)
Secara umumnya
negara kita mempunyai banyak sumber air. Namun, dewasa ini bekalan sumber air
bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat
selari peningkatan jumlah populasi penduduk. Ironinya kita sering terlupa
mensyukuri nikmat yang Allah berikan adalah faktor utama kegagalan dalam
menangani krisis air.
Acap kali kita
sedar betapa berharganya walau setitis apabila terputus bekalan air. Keperitan
hidup tanpa bekalan air paip turut menjadikan kita lebih bersemangat untuk
berjimat-cermat, tetapi kita sering terlupa untuk mengotakan janji apabila air
mula mengalir, kita kembali dengan tabiat lama, mengguna air secara berlebihan
dan membazir.
Buktinya,
piawaian antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesyorkan kadar
penggunaan air setiap individu adalah 165 liter setiap hari. Namun, kajian
terbaru menunjukkan setiap rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 310 liter air
sehari. Jadi, secara purata rakyat Malaysia terlebih menggunakan air 145 liter
sehari. Sebagai perbandingan, seorang penduduk Afrika purata menggunakan air
hanya 50 liter seorang sehari, penduduk India 100 liter sehari, manakala Singapura
150 liter sehari.
Krisis Air
Krisis air
merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejaktahun
1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh
dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber
air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang
boleh digunakan dan pencemaran air.
Dunia kita
mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi
dan atmosfera. Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah
sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan
untuk menukar air masin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang tidak begitu
mudah dilakukan. Kerana inilah hanya sedikit sahaja bekalan air bersih yang
diambil dari proses penyahmasinan.
Terdapat
beberapa manifestasi utama dari krisis air.
· Kekurangan
bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.
· Penggunaan air
bawah tanah yang boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian.
· Penggunaan
berlebihan dan pencemaran sumber air yang mengganggu kepelbagaian bio.
· Konflik
serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh menyebabkan
perang.
Penyakit yang
dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca utama kematian
di dunia. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit yang dibawa oleh
air adalah penyebab utama kematian. Separuh dari pesakit di hospital adalah
disebabkan oleh penyakit dibawa oleh air. Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari
penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan
kurang penjagaan kebersihan.
Pada mulanya
manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia
yang semakin
bertambah pada abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini
diburukkan lagi
dengan kemarau yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.
Punca Krisis Air Di Malaysia
1.Sampah sarap
- Sungai yang
tercemar menyebabkan hanya sedikit air boleh dipam ke loji rawatan air.
Dan berdasarkan
rekod, kira - kira 300,000 tan sampah, cukup untuk mengisi 110 kolam
renang saiz
Olimpik, dibuang ke dalam sungai setiap tahun. Selain daripada beg plastik
sampah, pelbagai
sisa buangan termasuk peti sejuk lama, tilam dan peralatan dapur
juga turut
dibuang ke dalam sungai. Sungai yang paling kotor di negara ini, dari segi
jumlah sampah
yang ditemui, adalah Sungai Klang. Dianggarkan kira - kira 77,000 tan
sampah dibuang
ke dalam sungai itu setiap tahun. Selain daripada sampah, sisa
pembinaan,
keladak daripada pembersihan tanah, minyak dan gris dari restoran dan
bahan buangan
organik, sisa industri dari kilang dan bengkel turut di buang kedalam
sungai. Ini
menyebabkan pencemaran yang lebih serius. Lima sungai yang paling
tercemar di Malaysia
adalah Sungai Segget dan Sungai Ayer Merah di Johor, Sungai
Jelutong, Sungai
Juru serta Sungai Prai di Pulau Pinang. Sungai Prai adalah yang paling
serius dan telah
di klasifikasikan sebagai sungai mati' kerana tidak lagi dapat
menampung
sebarang bentuk kehidupan termasuk ikan dan tumbuh - tumbuhan.
2. Penebangan
hutan
- Hutan ialah
ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian
hayat dunia.
Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan
lembangan,
ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon
dioksida sewaktu
proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga
menjadi kawasan
tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya,
penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa telah membinasakan
alam semula jadi
dan juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh
mengakibatkan
kehilangan sumber air yang berharga. Membinasakan hutan bukit boleh
menyebabkan
kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian
besar lembapan
di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku.
3. Kekurangan
sumber air yang boleh digunakan
- pertambahan
penduduk semulajadi Malaysia adalah tinggi iaitu pada kadar 2.3%
setahun.
Dianggarkan pada tahun 2000 penduduk Malaysia akan berjumlah 20 juta
orang dengan
pertambahan penduduk tersebut berlaku peningkatan permintaan
terhadap
pelbagai keperluan terutamanya air. Disamping itu, perubahan citarasa, gaya
hidup dan kecenderungan
boleh menambahkan lagi corak permintaan terhadap air.
Melihatkan
keadaan ini, keperluan manusia terhadap air tidak akan berkesudahan dan
perlunya bekalan
air sejajar dengan pertumbuhan penduduk.
4. Kemarau
- kemarau yang
panjang dan pemanasan global turut menyumbang kepada kekurangan
sumber air
bersih sekaligus mendorong kepada krisis air. Masalah kemarau yang
berpanjangan
menjadi penyebab utama berlakunya krisis air yang kritikal sehingga
menjejaskan
200,000 pengguna.Rumah pam loji air mentah tidak dapat menampung
keperluan kerana
paras sungai semakin rendah.
Cara Mengatasi Krisis Air Di Malaysia
Peranan
masyarakat
A) Bekerjasama
masyarakat
Malaysia harus bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya dari segi
sikap masyarakat
yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya program pemulihan
dan pengurusan
sungai dapat dilakukan berterusan bagi menjamin kesempurnaan ke
atas regim
sungai dan persekitarannya.
B) Berjimat
cermat
Sikap berjimat -
cermat perlu wujud dalam diri setiap individu masyarakat yang leka
dengan nikmat
Tuhan ini mungkin tidak menyangka bahawa suatu hari nanti kita akan
mengalami
musibah ini. Oleh hal yang demikian, sikap berjimat-cermat patut dipupuk
sejak kecil
lagi.
Peranan kerajaan
A) Mengekalkan
kawasan tadahan hujan
Penebangan
kawasan hutan mestilah dielakkan lebih kurang 10 kilometer dari kawasan
tadahan hujan.
Perkara ini penting bagi menjaga kawasan tadahan air daripada
musnah. Kawasan
ini penting bagi membekalkan air bersih kepada kawasan empangan
sebelum
disalurkan ke rumah kediaman dan premis.
B) Catuan air
Kerajaan perlu
mengadakan catuan air ke kawasan - kawasan tertentu sebagai langkah
berjaga - jaga.
Catuan air boleh dilaksanakan berdasarkan bilangan jam dalam sehari
mengikut kawasan
tertentu. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan pembaziran air selain
menyedarkan
masyarakat agar menghargai kepentingan air.
C) Kempen
kesedaran
bagi mengatasi
masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak
apa' perlu
ditangani. Kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap
individu yang
membuang sampah tanpa memikirkan kesannya perlu disiarkan setiap
masa.
D) Menaikkan
kadar bil air
Ekoran krisis
tersebut, Majlis Air Kebangsaan telah ditubuhkan oleh kabinet untuk
mengawal dan
mengurus sistem pembahagian air. Negeri - negeri yang menghadapi
krisis air akan
menerima bekalan air dari negeri - negeri lain yang stabil bekalan airnya.
Demi
menghentikan sikap masyarakat yang cenderung untuk membazir air, kerajaan
telah mengambil
langkah menaikkan kadar bayaran bil air di kawasan Lembah Klang.
Keadaan itu
dapat memastikan bahawa masyarakat lebih berjimat dan cekap ketika
menggunakan air.
Walaupun proses pembersihan sungai daripada unsur - unsur pencemar akan menelan
perbelanjaan yang tinggi, kerajaan harus berinisiatif untuk membersihkan sungai
- sungai seperti Sungai Klang, Sungai Gombak, dan Sungai Juru yang menghadapi
pencemaran yang dahsyat. Dengan cara ini, kualiti bekalan air akan terjamin.
E) Pengagihan
dan penggunaan air perlu diperincikan
Sudah tiba
masanya pihak Jabatan Air untuk menggantikan paip berkarat dengan paip
yang baru.
Sebagai perbadanan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
bekalan air di
negara ini, mutu perkhidmatan mereka perlu dipertingkatkan.
Keberkesanan
dalam pengagihan dan penggunaan air juga perlu diperincikan supaya
pembaziran air
dapat dikurangkan pada tahap yang minimum. Negara maju seperti
Jepun telah
mengaplikasikan cara tersebut untuk menjamin mutu bekalan air kepada
rakyatnya.
F) Program
kesedaran dan pendidikan
Walau
bagaimanapun, rakyat sendiri haruslah sentiasa menghargai sumber air dan
segala amalan
pembaziran air perlu dikikis. Program kesedaran dan pendidikan yang
bertujuan untuk
memastikan pembabitan orang awam dalam usaha menangani masalah
krisis air
dipercayai dapat membentuk sikap positif pada sanubari anggota rakyat.
Walaupun
Malaysia mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun, ini tidak
bermakna bahawa
Malaysia terkecuali daripada krisis air yang merugikan. Permintaan air pada
masa ini ialah 2.6 bilion meter padu dalam setahun dan dijangka akan terus
meningkat kepada 5.8 bilion meter padu menjelang tahun wawasan. Sememangnya
sudah tiba masanya untuk kita berganding bahu mengatasi krisis air sebelum
bertambah parah.
Kesan Krisis Air di Malaysia
1. Kesan ke atas
sumber tanah
- Krisis air ini
akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya hakisan
Tanah. Bahkan,
air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus
akan turut
menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia
secara langsung
akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian
yang seterusnya
juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan
ekonomi negara.
2. Kepupusan
terhadap kepelbagaian flora dan fauna
- Sebagaimana
manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air
bersih untuk
hidup. Justeru, sumber air yang tercemar akan menyebabkan flora dan
fauna mati
akibat daripada kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas
flora dan fauna
akan memberi kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan
ketidakseimbangan
ke atas ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan
manusia.
3. Kemudaratan
kepada manusia
- Krisis air
yang berlaku di malaysia akan memberi kemudaratan kepada manusia.Seperti
yang kita
tahu,air merupakan keperluan untuk manusia terus hidup.Jika krisis air ini
tidak
dapat di atasi
dengan segera,kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya manusia akan
ditimpa penyakit seperti kekurangan air.
4. Berkurangnya
kawasan tadahan
- Kemampuan
sesuatu kawasan tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal oleh
keseimbangan
alam semula jadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting seperti
litupan
tumbuh-tumbuhan dan kapasiti proses infilterasi yang boleh dihasilkan.
Sekiranya
keseimbangan ini
terganggu maka berlaku beberapa perubahan dalam ciri-ciri air
permukaan yang
akan menjejaskan kemampuan sesuatu kawasan tadahan
menghasilkan
air. Kawasan tadahan yang terdapat di Malaysia semakin hari
menunjukkan
situasi yang tidak sihat. Ini kerana, limpahan pembangunan telah
menyebabkan
kawasan tadahan mengalami tekanan sebagai sumber air. Keadaan ini
berlaku hampir
kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mengalami krisis ini. Di
antaranya,
negeri Johor yang mengalami kemerosotan alam sekitarnya juga
memperlihatkan
kawasan tadahan empangan Langat juga sudah mula diterangi. Di
negeri Perak
pula, bekalan air untuk kegunaan domestik dan industri diperolehi daripada
pusat
pengambilan air di sungai. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih
serius
di kawasan
lembah yang terdapat aktiviti industri dan eksplotasi sumber balak di kawasan
hutan di mana terdapatnya kawasan tadahan.
5. Kekurangan
bekalan air
- Kita akan
menghadapi kekurangan bekalan air daripada krisis tersebut. Akan
berlakunya
catuan air yang akan membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air.Hal
ini akan
menyusahkan penduduk untuk menggunakan air bagi keperluan mereka.Dari
sektor
pembangunan pula,projek2 akan terkendala kerana kekurangan sumber yang
utama untuk
menjalankan projek pembangunan tersebut.
No comments:
Post a Comment