1.
Penggubalan Perlembagaan Madinah telah membawa kepada
keutuhan politik kerajaan Islam pada
zaman Nabi Muhammad SAW. Bincangkan.
Pendahuluan
-
Pembentukan
negara Islam – dikaitkan dengan proses hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah
ekoran penentangan hebat kaum Quraisy di Makkah
-
Latar
belakang Piagam Madinah – mengandungi 47 fasal; 23 peruntukan untuk orang –
orang Islam dan 24 fasal lagi dikhaskan kepada golongan bukan Islam
-
Kandungan
utama Piagam Madinah menyentuh aspek kepemimpinan, tanggungjawab orang Islam,
hak golongan bukan Islam dan keselamatan
Isi:
Piagam Madinah Membawa Keutuhan Politik
1. Nabi
Muhammad SAW Pemimpin Tertinggi Negara
-
Nabi
Muhammad SAW diiktiraf sebagai pemimpin tertinggi negara, bertanggungjawab
menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul dan menjadi sumber rujukan
warga Madinah
-
Perlantikan
ini diiktiraf oleh golongan bukan Islam termasuk Yahudi yang sebelum ini
bercita – cita menjadi pemimpin di Madinah
-
Nabi
Muhammad SAW tidak mengamalkan dasar pemusatan kuasa, sebaliknya peranan ketua
kabilah / kaum dikekalkan
2. Kerjasama
Dalam Kalangan Umat Islam
-
Setiap
umat Islam yang berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad SAW dan kerajaan
Islam Madinah wajib hidup saling bekerjasama dan saling menhormati antara sama
lain
-
Keutuhan
politik dapat diwujudkan apabila setiap umat Islam wajib menerapkan semangat
persaudaraan sekaligus meninggalkan amalan assabiyah yang kerap mengundang
perbalahan dan perpecahan
-
Pertelegahan
antara golongan Aus dan Khazraj sejak zaman Jahiliah kini ditamat, golongan yang
kini dikenali sebagai Ansar turut sama membantu golongan Muhajirin sekaligus memberikan
kekuatan kepada umat Islam
3. Tanggungjawab
Mempertahankan Negara
-
Piagam
Madinah menetapkan mempertahankan negara merupakan tanggungjawab bersama setiap
warga Madinah tanpa mengira bangsa dan agama
-
Setiap
warga Madinah juga dilarang mengadakan apa – apar perikatan atau perjanjian
dengan pihak luar tanpa pengetahuan Nabi Muhammad SAW
-
Fasal
ini secara tidak langsung telah
menanamkan kesetiaan terhadap negara Islam Madinah dan Nabi Muhammad SAW
sebagai pemimpin tertinggi negara Islam Madinah
-
Situasi
sebegini telah membawa kepada suasana aman dan ketabilan politik di Madinah
apatah lagi apabila golongan Yahudi diusir kerana pengkhianatan mereka terhadap
negara Islam Madinah.
4.
Menjamin Hak dan
Kebebasan Penduduk Madinah
-
Perlembagaan
Madinah memperuntukkan kepada warga
Madinah hak dan kebebasan kepada setiap warga Madinah
-
Kebebasan
bersuara, bersesuaian dengan tindakan Nabi Muhammad SAW yang melaksanakan
konsep, prinsip dan amalan syura dalam pemerintahan, setiap individu boleh
mengemukakan apa pandangan mahupun kritikan
-
Bagi
golongan bukan Islam khususnya Yahudi mereka bukan sahaja boleh bersuara bahkan
dibenarkan menganut dan mengamalkan agama dan adat istiadat masing – masing
selagi ianya tidak mengancam kepentingan agama Islam
-
Hak
dan kebebasan ini menggambarkan pemerintahan Islam tidak mengamalkan
diskriminasi terhadap warga bukan Islam
5.
Penyatuan
penduduk Madinah
-
Piagam ini meletakkan asas bagi menyatupadukan
penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perlembagaan
ini menyatukan penduduk beragama Islam dan bukan Islam di bawah satu unit
politik yang diterajui oleh Nabi Muhammad SAW.
-
Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah
dianggap sebagai satu masyarakat (ummah) yang mempunyai kewajipan dan tanggung
jawab terhadap negara Islam.
-
Penduduk Islam yang terdiri daripada dua kumpulan
iaitu golongan Ansar dan Muhajirin diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat bagi
mengelakkan musuh mengambil kesempatan daripada perpecahan mereka.
-
Piagam ini berperanan supaya masyarakat berbilang
bangsa hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindarkan permusuhan.
Kesimpulan
-
Penggubalan
Piagam Madinah bukan sahaja menjadi asas kepada penyelesaian permasalahan yang
dihadapi oleh warga Madinah malah menjadi sistem perundangan tertinggi negara
yang bermatlamatkan pembentukan negara yang stabil bahkan menjaminkan keamanan
kepada setiap individu selagi mentaati fasal – fasal yang terdapat dalam
perlembagaan.
2. Bincangkan ciri-ciri kepemimpinan yang terdapat pada Salehuddin
al-Ayyubi dalam kempen membuka kota Baitulmuqaddis pada abad ke-12 Masihi.
Pengenalan
Salehuddin al-Ayyubi atau Sultan
Salahuddin Abu al-Muzhaffar Yusuf b. Najmuddin b. Ayyub merupakan tokoh
ketenteraan Islam yang terkemuka. Dalam kalangan orang Barat beliau dikenali
dengan nama Saladin. Beliau berasal dari keluarga berbangsa Kurdis. Beliau
merupakan pengasas Daulah al-Ayyubiyah di Mesir.
Isi Jawapan
1.
Banyak Pengalaman. Salehuddin merupakan seorang panglima perang yang
berpengalaman. Sebelum menjadi raja, beliau pernah dilantik sebagai panglima
perang Syria oleh Nuruddin al-Zinki. Dengan pengalaman tersebut, beliau berjaya
membebaskan kota suci Baitulmuqaddis daripada tentera Salib yang menguasai kota
itu selama 90 tahun.
2. Bijak merancang
strategi. Salehuddin merupakan seorang perancang strategi yang
unggul.Semasa pertempuran Hittin, beliau telah melakukan perancangan yang
teliti bagi menewaskan pihak musuh yang ramai. Sebelum pertempuran berlaku,
beliau memastikan tentera Islam menguasai sumber-sumber air di kawasan itu.
Sewaktu peperangan pula, beliau memisahkan tentera berkuda musuh daripada
tentera infantri mereka untuk mengurangkan kekuatan musuh. Akibatnya, tentera
Salib terpaksa berundur ke Bukit Hittin dalam keadaan yang dahaga dan lapar
yang amat sangat. Dengan itu mereka dapat dikalahkan dengan mudah oleh tentera
Islam, dengan bilangan korban yang tinggi iaitu seramai 10,000 orang. Dengan
kesempatan itu, beliau mengambil peluang untuk menyerang dan membebaskan
kota-kota Islam yang diperintah oleh tentera Salib seperti kota-kota Akka,
Nablus, Ramlah, Kasariah, Yafa, dan Beirut.
3.
Keazaman dan Istiqamah. Di bawah pimpinan Salehuddin,umat Islam mulai bangun dengan tekad yang satu
iaitu mengusir tentera Salib kembali ke Eropah dan merebut kembali Baitulmuqaddis
dan kawasan sekitarnya. Semangat jihad disemarakkan oleh Salehuddin, berjaya
menyatukan kembali umat Islam yang berpecah belah. Dengan itu, Salahuddin
mengembeleng kekuatan para pejuang Islam sehingga membentuk suatu pasukan
tentera yang kuat dan digeruni oleh musuh. Selepas itu, beliau menyatukan
kekuatan umat Islam Syria, Palestin, dan Mesir bagi menghadapi ancaman tentera
Salib. Salehuddin meneruskan gerakannya untuk membebaskan kota-kota yang
diduduki oleh tentera Salib, dan hasilnya beliau berjaya menakluki Acre,
al-Nasiriah, Qisariah, Haifa, Beirut dan akhir sekali Baitulmuqaddis pada tahun
1187.
4.
Tegas. Beliau juga berjaya
menghapuskan ancaman tentera Salib yang diketuai oleh, pemerintah Karak,
Raynold of Chatillon. Mereka mengancam keselamatan kota Madinah dan Makkah pada
tahun 1118. Tentera Kristian turut menyerang dan merompak kafilah dagang
orang-orang Islam dan mengancam perjalanan jemaah Haji pada tahun 1186 dan
mengganggu aktiviti perdagangan antara Damsyik, Hijaz dan Mesir. Salahuddin
telah berjaya menangkap dan menghukum Raynold pada tahun 1187.
5. Tolak Ansur. Berikutan dengan kelemahan tentera Salib akibat kekalahan
mereka di Hittin, Salahuddin telah mengepung Baitulmuqaddis dengan 18,000 orang
tentera dan membebaskannya daripada tentera Salib. Setelah membebaskan
Baitulmuqaddis, beliau memberi tempoh selama 40 hari kepada tentera Salib dan
keluarga mereka untuk meninggalkan kota tersebut. Sultan Salehuddin telah
menunjukkan sifat kasihan, rahmat dan ihsan yang luar biasa kepada pihak musuh.
Tujuannya ialah untuk menggambarkan Islam sebagai agama yang bertoleransi, adil
dan memaafkan musuh, dan supaya pihak musuh sedar bahawa Islam adalah agama
rahmat dan berperikemanusiaan. Antaranya, tindakan Salehuddin memberi kebenaran
kepada sejumlah besar tentera Salib meninggalkan kota Baitulmuqaddis tanpa
membayar sebarang tebusan. Beliau menghabiskan satu hari suntuk untuk membuka
pintu kota kepada orang-orang Kristian yang miskin dan lemah keluar dari kota
tanpa membayar tebusan. Beliau juga berjaya mempertahankan Baitulmuqaddis dari
tentera Salib yang berusaha merampas semula kota suci itu dalam Perang Salib
ketiga. Angkatan tentera Salib yang Besar telah digerakkan di Eropah untuk
menawan semula Baitul Muqaddis. Mereka dipimpin oleh raja-raja terkemuka
seperti Kaisar Frederik Barbarosa dari Jerman, Raja Philips Augustus dari Perancis
dan Raja Richard The Lion Heart dari England. Akibat kegagalan itu, pihak musuh
telah membuat keputusan untuk berdamai dengan Salahuddin. Satu Perjanjian telah
dimeterai pada 2 November 1192, untuk menamatkan peperangan tersebut.
Kesimpulan
Kejayaan Salehuddin al-Ayyubi menyatukan
umat Islam dan membebaskan Baitulmuqaddis, telah menyalamatkan dunia Islam
daripada ancaman Kristian Barat. Selepas Perang Salib ketiga, tiada lagi
serangan tentera Salib secara besar-besaran dilakukan kerana kekuatan mereka
telah berjaya dilemahkan oleh Salahuddin. Walaupun, peperangan itu berterusan
selama kira-kira satu abad lagi, tetapi hampir kesemua peperangan selepas itu
telah dimenangi oleh pihak Islam.
3. Institusi masjid memainkan
peranan penting dalam perkembangan pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.
Jelaskan.
Pengenalan
1. Pertapakan Islam di Mesir bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Umar
bin Al Khattab. Atas
permintaan penduduk Qibti Mesir
sendiri, tentera Islam di bawah pimpinan Panglima Amru bin al
As telah dihantar bagi menamatkan
kekejaman pemerintahan Rom. Kejayaan Amru bin Al As
memulakan era perkembangan agama Islam di Mesir.
2. Sejarah awal perkembangan pendidikan di Mesir bermula di kota Fustat
sebagai pusat
pentadbiranan pusat pendidikan
Islam, khasnya selepas pembinaan masjid Amru al- As. Selepas itu
pusat keilmuan berpindah ke
Kaherah dengan terbinanya Masjid al Azhar pada zaman pemerintahan
Dinasti Fatimiyyah.
3. Seterusnya masjid Al-Azhar menjadi pusat pengkajian ilmu Islam khasnya
zaman pemerintahan
Sultan Salehuddin al-Ayubbi
sehingga melahirkan ramai ilmuanIslam terkenal.
Isi
1.
Masjid telah menjadi pusat kegiatan ilmu
keagamaan yang utama di Mesir. Aktiviti
pendidikan di
masjid merupakan proses awal yang membawa
kepada terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir.
2. Peranan masjid di
Mesir telah diperkasakan sebagai pusat ibadat, pusat kemasyarakatan, pusat
kebudayaan, mahkamah keadilan dan institusi
pendidikan. Kurikulum pengajian tertumpu kepada
pelajaran ilmu fardu ain termasuk tafsir al
Quran, hadis, tauhid dan fiqah manakala
ilmu kifayah
merangkumi ilmu hisab, ilmu bintang dan
perubatan.
3. Masjid Amru al-As
yang merupakan masjid terawal di Mesir telah memainkan peranan penting
sebagai institusi pendidikan. Buktinya
terdapat lebih 40 buah halaqah ilmu yang sentiasa dipenuhi
pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan dan
membuat kajian. Secara umumnya kelompok pengajian
yang berada di Masjis Amru Ibnul al-As
bukanlah ddkhususkan kepada pelajaran ilmu fardu ain
sahaja seperti al Quran, hadis, tauhid, fiqah
dan lain-lain. Bahkan semua bidang ilmu kifayah seperti
ilmu hisab , ilmu bintang dan perubatan. Al-Maqrizi telah mencatatkan perkembangan 8
kelompok majlis pengajian yang terdapat di masjid Amru Ibnul al As. Antaranya
ialah Kelompok Imam as-Syafie. Kelompok ini dinamakan sempena nama seorang guru
yang memberi pelajaran di masjid tersebut pada 182H. Kelompok ini juga terkenal
dengan panggilan Zawiyah. Ramai ahli fiqah ulama terkenal berkhidmat di situ.
Seterusnya ialah kelompok al-Majdiah. Kelompok ini diwujudkan oleh Majduddin
Abu Al Asybal, seorang wazir atau menteri kepada Al-Malik Al-Asyraf. Wazir
tersebut telah menempatkan Abdul Wahab Al-Bahnasi, seorang ulama yang
menyandang jawatan Kadi Besar sebagai guru dalam kelompok tersebut. . Selain
itu kelompok Al-Shibiah. Kelompok ini diusahakan oleh Al-Sahb Muhammad bin Fakhruddin.
Terdapat dua orang ulama yang menjadi tenaga pengajar dalam kelompok ini, iaitu
seorang dari Mazhab Shafei dan seorang dari Mazhab Maliki.Muhammad bin Jarir
Al-Tabari yang mahir dalam bidang tafsir al Quran, hadis,fiqah dan tatabahasa
Arab telah diutuskan ke Mesir dan mengajar di Masjid Amru Ibnu al-As
4. Kurikulum
pengajian tertumpu kepada pelajaran ilmu fardu ain termasuk tafsir al Quran,
hadis,
tauhid dan fiqah manakala ilmu kifayah
merangkumi ilmu hisab, ilmu bintang dan perubatan.
5. Masjid Jamie Ibn
Thulun di Kaherah juga merupakan institusi pendidikan yang penting kerana
ramai ulama dan ahli fiqah berkhidmat
sebagai guru. Kurikulum merangkumi ilmu tafsir, hadis,
fiqah, membaca, ilmu hisab, ilmu bintang
dan perubatan.
Kesimpulan
Masjid
merupakan institusi pendidikan Islam terpenting bagi rakyat Mesir khasnya dan
umat Islam amnya. Penglibatan para sahabat Nabi Muhammad SAW dalam bidang
pendidikan melalui penubuhan madrasah hadis juga telah merangsang perkembangan
ilmu pengetahuan Islam dalam kalangan rakyat Mesir.
4.
Huraikan sumbangan Al Khwarizmi dalam bidang matematik.
Pendahuluan
Nama sebenar al-Khwarizmi ialah
Abdullah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi. Dikenali sebagai al-khawarizmi,
al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Goritmi, al-Gorismi dan al-Karismi. Merupakan
ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Tokoh Islam yang berpengetahuan
luas dalam bidang falsafah,logik, aritmetik,geometri,muzik,kejuruteraan,sejarah
Islam dan kimia.Dinobatkan sebagai ‘Ahli Falak Diraja, atas sumbangan dan
kajian beliau. Beliau telah diiktiraf oleh pemerintah
Abbasiyah ,iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid yang telah melantik beliau sebagai pakar matematik dan ahli akademi
matematik di Baitul Hikmah. Turut mengemaskini
sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan
tersebut.Contohnya, di Baitul Hikmah, beliau turut mengetuai dan mengawasi
kerja-kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani yang
diperoleh daripada kerajaan Byzantine. Dilantik sebagai pengarah arkib buku di
perpustakaan istana khalifah pada zaman pemerintahan Khalifah al- Ma’mun.
Isi
1. Memperkenalkan sistem nombor
Al- Khwarizmi telah
memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini, iaitu
0,1,2,3,4,5,6.7,8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan
simbol-simbol tertentu yang mewakili
nilai-nilai tertentu. Beliau merupakan
individu pertama yang memperkenalkan angka’sifar’
(kosong) dan perpuluhan
dalam matematik. Melalui angka sifar muncul nombor yang
mempunyai
‘infiniti’. Malah ‘sifar’ yang
diperkenalkan oleh beliau dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah
dengan
sebutan cifre,chiffre dan zero.Pengenalan system angka yang sistematik
oleh al-Kwarizmi
bukan sahaja membolehkan operasi
pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log,
kosinus dan sebagainya, malah
membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih
pesat.
2. Mempelopori ilmu algebra
Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai
Bapa al-Jabar (algebra) berikutan sumbangan beliau dalam
jurusan aritmetik iaitu al-Jabar ( satu bidang matematik yang
dipanggil persamaan ). Contoh, karya
teragungnya, al-Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Latin pada kurun
ke 12 dan menjadi rujukan di
universiti di Eropah.Kesannya, melalui kaedah penggunaan simbol
yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak
masalah pengiraan dapat diselesaikan.
Secara praktiknya, masalah-masalah
pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.
3. Penyelesaian permasalahan harta pusaka
Al-Khwarizmi dapat menyelesaikan masalah praktikal yang
dihadapi oleh umat Islam khususnya
pengiraan.Contohnya, pembahagiaan
harta pusaka dan perniagaan. Penggunaan
konsep pemboleh
ubah juga membantu dalam pembahagian zakat yang dapat
dikeluarkan dengan mudah.Kesannya,
ilmu yang diperkenalkan
telah dapat membantu mengatasi masalah
pengiraan yang lebih rumit dan
kompleks.
4. Geometri dan trigonometri
Al-Khwarizmi juga memberi
sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri. Hal ini kerana
kedua-dua bidang tersebut
merupakan pecahan kepada bidang matematik yang
melibatkan
pengiraan. Kedua-dua cabang ilmu
matematik ini juga disentuh dalam karyanya Hisab al-Jabr wa-
al-Muqabalah.Contohnya, ilmu
geometri berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik, garis,
sudut, permukaan dan pepejal dalam
ruang. Manakala trigonometri berkaitan dengan
pengiraan segi
tiga, sukatan sisi dan sudutnya.
Kesannya, ilmu yang diperkenalkan oleh beliau dapat membantu
mengatasi masalah pengiraan yang
lebih rumit.
5. Mencipta ilmu-ilmu baharu
Beliau mencipta ilmu baharu yang
belum pernah dicipta oleh pakar matematik sebelum ini.
Dalam kitab yang dihasilkan,
pelbagai istilah baharu tentang ilmu diperkenalkan dan digunakan
sehingga kini iaitu pemboleh ubah
(x), pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar ( c ). Contohnya, Al-
Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa
al-Muqabalah juga mengandungi bab-bab yang meliputi pelbagai
topik iaitu pengiraan darab,
campur, tolak dan bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, keluasan
bulatan dan segi
tiga serta isipadu bentuk piramid dan
kon.Kesannya, umat Islam dikatakan
mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam ilmu matematik.
Kesimpulan
Sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik telah mencerminkan kehebatan
dan keunggulan tamadun Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini dan
sebagai pemangkin kepada kemajuan orang
Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh beliau. Selain daripada
bidang matematik, al-Khwarizmi juga berjasa dalam bidang astronomi dan
geografi.
5
Jelaskan
kebangkitan masyarakat tempatan terhadap penjajah Perancis di Algeria
pada abad ke-20 Masihi
Pendahuluan
-
Sebelum
penjajahan Perancis di Algeria, negara tersebut berada di bawah kekuasaan
kerajaan Turki Uthmaniyyah, namun disebabkan masalah dalaman serta tekanan yang
dihadapi oleh kerajaan ini, maka pada
abad ke-19 Masihi, Algeria diletakkan di bawah kekuasaan Perancis.
-
Keinginan
Perancis menguasai Algeria disebabkan Algeria memiliki simpanan minyak yang besar dan
posisi strategik sebagai pelabuhan di Mediterranean telah mengundang
kebangkitan masyarakat tempatan menentang kuasa Barat tersebut.
Isi:
Kebangkitan Masyarakat Tempatan
1. Faktor
Kebangkitan Rakyat Algeria
-
Berpunca
disebabkan tindakan Perancis yang menjadikan Algeria sebahagian daripada
wilayahnya dan menggalakkan kemasukan bangsa Perancis, Itali dan Sepanyol ke
negara tersebut yang menyebabkan kebimbangan orang – orang tempatan.
-
Kempen asimilasi budaya Perancis - percakapan dan
pengajaran bahasa Arab diharamkan. Bahasa Perancis menjadi bahasa rasmi
menggantikan bahasa Arab dan Barber. Polisi ini telah menghapuskan identiti
kebangsaan dan warisan budaya rakyat Algeria..
-
Dasar pendidikan Perancis yang mengabaikan aspek
pendidikan menyebabkan kadar pandai
membaca, menulis dan mengira rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah.
-
Tindakan atau dasar kerajaan Perancis yang menindas masyarakat muslim
Algeria termasuk dinafikan hak mengundi antara faktor utama kebangkitan
golongan Islam yang diketuai oleh golongan ulama seperti Abdul Qadir.
2. Kebangkitan
Abdul Qadir
-
Perjuangan
mendapatkan kemerdekaan di Algeria dipelopori oleh Abdul Qadir, Gabenor
Mascara. Sebagai ulama besar Algeria, beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad
mempertahankan negara dan mengisytiharkan negara Islam Algeria.
-
Antara
usaha awal yang dilakukan bagi memperjuangkan kemerdekaan Algeria ialah
menyatukan pelbagai puak bagi memastikan kekuatannya ampuh tatkala menghadapi
serangan balas Perancis.
-
Kaedah
penentangan yang dilakukan oleh Abdul Qadir ialah menggunakan strategi perang gerila, dan
ternyata keberkesanan kaedah ini apabila beberapa kali tentera Perancis akur
dengan kekuatan yang dimiliki oleh Abdul Qadir.
-
Perjuangan
Abdul Qadir mendapat sokongan Abu Ma’zi yang berjaya menggerakkan masyarakat
tempatan menentang Perancis di wilayah selatan Oran. Dalam perjuangannya, Abu
Ma’zi pernah menewaskan tentera Perancis dalam Perang Sidi Ibrahim. Beribu umat
Islam dibunuh dalam penentangan tersebut. Jihad berterusan telah berlaku di
Algeria menelan korban sejuta syuhada sehingga Algeria digelar sebagai ' Negara
Sejuta Syuhada'
3. Pemberontakan
Kabylia
-
Susulan
dari kebangkitan Abdul Qadir, hal ini disebabkan tindakan atau dasar penjajah
Perancis yang banyak menindas masyarakat
tempatan sehingga penduduk Kabylia bangkit melancarkan pemberontakan.
-
Penentangan
ini telah merebak ke kawasan lain, dan dikatakan melibatkan satu pertiga daripada penduduk Algeria. Pun
begitu tekanan yang hebat daripada pihak Perancis menyebabkan kebangkitan ini
dapat dipadam seketika.
4.
Kebangkitan Ibn Badis
-
Sheikh
Abdul Hamid Ibn Badis yang merupakan tokoh ulama dan reformis di Algeria.,
kebangkitannya berlaku selepas Perang Dunia I. Ibn Badis telah menubuhkan
Kesatuan Muslim Ulama dengan objektif penubuhannya antaranya menaikkan semangat
kebangsaan dalam kalangan pengikutnya di
samping mengutamakan kesedaran terhadap ajaran Islam yang sebenar di Algeria.
-
Walaupun
perjuangan Kesatuan Muslim Ulama lebih menjurus aspek sosioekonomi dan seolah –
olah mengabaikan aspek politik, organisasi ini mempunyai pandangan tersendiri
bagi melahirkan golongan yang mampu bersuara mengkritik penjajah Perancis di
Algeria
-
Persatuan
Ulama Algeria dianggotai oleh majoritinya guru-guru agama di negara ini.
Pertubuhan ini dipimpin oleh Abdul Hamid Ben Badis yang bertujuan untuk
menyatukan umat Islam. Pertubuhan ini telah menyelar sikap segelintir
pegawai-pegawai pentadbiran agama yang dilihat telah menjadi alat
penjajah.
-
Pertubuhan
ini telah berjaya menubuhkan beribu-ribu sekolah agama dan menjadi pangkalan
penyebaran idea kesedaran dalam kalangan
rakyat untuk menentang penjajah melalui
elemen akidah. Namun negitu, sebagaimana perjuangan yang dketuai oleh individu
- individu sebelum ini, ianya telah dapat ditundukkan oleh Perancis
5.
Perjuangan Ferhat Abbas
-
Kumpulan pejuang
ini telah mendesak Kuasa Bersekutu
memerdekakan tanah jajahan termasuk Algeria. Lumpulan ini juga telah mencadang
agar perlembagaan baharu digubal dengan memberikan peluang rakyat Algeria
mentadbir sendiri.
-
Namun hasrat
berkenaan tidak tercapau berikutan tindakan keras Perancis menolak dan
melepaskan tembakan rambang kepada rakyat Algeria yag berhimpun dikenali
sebagai Peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai Setif. Kesan daripada peristiwa
bukan sahaja ramai yang mati dan tercedera, malah aktiviti politik di Algeria
diharamkan dan beribu-ribu rakyat Algeria ditahan
Kesimpulan
-
Perjuangan rakyat
Algeria selepas Perang Dunia II kini diteruskan pula oleh Barisan Pembebasan
Kebangsaan ( FLN ) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan ( ALN ). Corak dan bentuk
perjuangan menuntut kemerdekaan lebih matang dan bersepadu.
-
Pada 1 November
1954 rakyat Algeria diseru supaya
bangkit bagi mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan, namun disanggah oleh
Perancis yang berhasrat mengusai kekayaan Algeria sehinggalah 1959 Presiden
Perancis telah mengisytiharkan kemerdekaan Algeria dalam Perhimpunan
Bangsa-bangsa Bersatu.
6. Sejauh manakah Perang Dunia
I menjadi titik tolak kepada kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyah pada abad ke-20 Masihi.
Pengenalan
Kegemilangan Turki Uthmaniyyah mulai menurun sejak
pemerintahan Sultan Salim II (1566-1574), apabila tentera Turki ditewaskan oleh
gabungan tentera Hupsburg dan Venice dalam pertempuran Lepante 1571. Dengan
tercetusnya Perang Dunia I (1914-1918), Turki Uthmaniyah menyebelahi Jerman dan
Austria-Hungary yang mengalami kekalahan bertambah lemah. Dengan itu, tekanan
demi tekanan telah dilancarkan terhadap Turki Uthmaniyah sehinggalah
kejatuhannya pada tahun 1922. Selain itu terdapat juga faktor-faktor lain seperti,
Isi Jawapan
1. Perang Dunia Pertama yang meletus pada
tahun 1914 hingga 1918 adalah peperangan yang berlaku antara Kuasa-kuasa
Tengah (Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria, Itali dan Turki) dengan Pakatan
Bertiga (Rusia, Perancis, Britain, dan disertai pula Amerika Syarikat dan
Jepun). Pada masa itu, empayar Turki Uthmaniyyah masih lagi menguasai kawasan
Eropah Tenggara khususnya negara-negara rantau Balkan, Asia Barat dan Afrika
Utara. Perang Dunia I berakhir pada tahun 1918, kerajaan Turki Uthmaniyah dikehendaki
menandatangani babarapa Perjanjian, antaranya Perjanjian Mudros yang
mengkehendaki Turki melepaskan jajahan takluk di Timur Tengah dan membuka Selat
Dardenellas dan Boshporus kepada Kuasa Bersekutu Britain, Amerika Syarikat,
Perancis dan lain-lain. Turki Uthmaniyyah juga terpaksa menandatangani
Perjanjian Versailles yang memaksanya membayar ganti rugi peperangan. Berikutan
perjanjian-perjanjian itu, kehilangan tanah-tanah jajahannya di Asia Barat,
Utara Afrika dan Eropah. Kekalahan itu juga menyebabkan pemerintahan khalifah
Uthmaniyah semakin merosot.
2.
Keluasan
empayar Turki Uthmaniyah tidak mampu dikendalikan secara berpusat kerana
pemerintahan tidak lagi efektif seperti masa-masa sebelumnya. Keadaan ini
menjadikan beberapa wilayah yang jauh daripada pusat direbut oleh pihak musuh
ataupun meminta autonomi.
3.
Timbulnya
gerakan nasionalisme di wilayah-wilayah taklukan Turki Uthmaniyah. Walaupun
Turki Uthmaniyah banyak membawa kebaikan kepada rakyat tanah jajahan, namun ia
tetap dianggap sebagai pihak asing dan penjajah. Kebangkitan semangat
nasionalisme membawa kepada gerakan pemberontakan bagi menuntut kemerdekaan.
4.
Wilayah-wilayah
yang terlepas kepada kuasa asing, dan kekalahan Turki Uthmaniyah dalam
peperangan juga membawa kepada kemerosotan ekonomi negara tersebut. Pendapatan
negara menjadi berkurangan dan banyak yang dihabiskan untuk perbelanjaan
ketenteraan.
5.
Kelemahan
tersebut memberi peluang kepada gerakan Turki Muda untuk meluaskan kuasa dengan
meraih sokongan rakyat. Mustafa Kemal Atartuk mula mengkritik pemerintahan
berkhalifah dan berusaha menggantikannya dengan sistem pemerintahan republik
moden.
6.
Kuasa-kuasa
Barat pula membantu pertubuhan-pertubuhan penentang seperti parti al-ittihad wa
al-Taraqqi yang cuba menjatuhkan pemerintahan Turki Uthmaniyah. Kumpulan
tersebut akhirnya berjaya menyingkirkan Sultan Abdul Hamid II, dan menguasai
pentadbiran negara.
Kesimpulan
Terdapat banyak faktor
yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Faktor Perang Dunia I
merupakan faktor utama yang membawa kepada kemerosotan dan akhirnya kejatuhan
kerajaan itu.
No comments:
Post a Comment